Bunyi jam loceng mengejutku dari lena yang panjang. Aku melihat ke telefon bimbitku. 'Allahu Akhbar! Dah pukul 5.45 pagi!' Aku menjerit dalam hati dan spontan melompat dari katil terus menuju ke bilik air. 10 minit kemudian aku keluar dan melihat telefon bimbitku. Ada mesej masuk. Aku pasti itu adalah kak Nieza. Aku dah berjanji dengannya pada hari sebelumnya untuk bertemu di hadapan Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada pukul 5.30 pagi untuk gerak bersamanya ke Kuala Lumpur namun lihat di mana aku berada pada masa itu? Masih di rumah! Jika di beri kuasa saat itu, ingin saja aku menjadi Superwoman, boleh terus terbang ke sana! Namun itu hanyalah fantasi belaka! Aku perlu terima hakikat yang aku telah terlambat!
Sepantas kilat aku bersiap. Namun tanggungjawabku padaNYA tetap aku tunaikan dengan sebaiknya. Aku tidak mahu mengadapNYA seperti ayam patuk makanan! Kerna DIA adalah kekasih teragungku, jadi aku haruslah mempersembahkan yang terbaik dihadapanNYA. Seusai solat, aku berdoa agar perjalanan ini sentiasa dalam perlindunganNYA dan aku selamat sampai ke destinasi.
Setelah aku menyalami & mencium ummi, tepat jam 6.15 pagi aku segera bertolak. Lagak seperti seorang pelumba professional, aku memecut laju meredah fajar namun melihatkan paras minyak di dashboard kereta yang tidak mampu bertahan hingga ke destinasi yang dituju, aku terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti di stesen minyak Batu 11. Dengan penuh keyakinannya aku mengisi penuh minyak kereta itu iaitu sebanyak RM 60.00!
Setelah selesai memenuhkan bar minyak, sekali lagi aku memecut laju mengejar kereta suami kak Nieza yang pada ketika itu sudah tiba di R&R Gambang! Bibir tidak berhenti-henti memanjat doa memohon perlindunganNYA agar dijauhkan dari segala perkara buruk sepanjang perjalanan ini kerana aku tiada pilihan selain memecut laju memandangkan aku tidak arif jalan di Kuala Lumpur dan masa pula semakin menghampiri!
Tiba di tol Karak, aku baru tersedar yang duit tidak cukup untuk membayar tol memandangkan sebahagian besarnya aku telah belanjakan untuk mengisi minyak sebentar tadi dan aku terlupa untuk mengeluarkan duit dari bank! Puas aku korek-korek duit dari dalam beg tangan namun masih tidak cukup untuk membayar tol! Aku terkebil-kebil memandang kakak tol itu dan dengan muka tebalnya aku menyengih kepadanya. Dengan muka sekupang aku memberitahunya yang duitku tidak cukup lagi RM 3.90 untuk membayar tol. Terlihat rasa bengang di wajah kakak itu. Aku mendengar kakak tol itu bercakap di walkie-talkie lalu dengan tegasnya dia memberi arahan kepadaku supaya mengundurkan kereta ke belakang. Dia memberitahuku yang aku akan di iring oleh pegawai tol ke ATM berdekatan untuk mengeluarkan duit dan menyelesaikan bayaran tol tersebut. Aku memandang cermin belakang & sisi. Bagaimana aku mahu undur sedangkan lori, bas dan kereta berderet di belakangku? Pemandu-pemandu tersebut sudah naik angin lalu membunyikan hon membuatkan suasana jadi hingar-bingar! Aduh, aku benar-benar buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu!
Saat suasana jadi riuh-rendah, datang seorang pemuda dalam lingkungan usia awal 20-an dari arah belakang menuju ke arah keretaku. Dengan gentleman dia bertanya kepadaku,
"Ada apa masalah yang boleh saya bantu?"
Dengan muka tebalnya aku nyatakan kepadanya yang aku tidak cukup duit untuk membayar tol. Dia menenangkan ku dan tanpa teragak-agak terus menghulurkan wang kertas bernilai RM 10 kepadaku. Aku sungguh terkejut dengan tindakan pemuda itu lalu aku tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia senyum dan terus berlalu.
Aku segera membayar duit tol tersebut dan sebelum berlalu aku sempat melihat wajah kakak tol itu yang turut terkejut dengan kedatangan pemuda itu! Tanpa berlengah lagi aku segera memecut laju keretaku menghala ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan itu aku tidak berhenti dari memikirkan kejadian tadi. Aku tertanya-tanya siapakah pemuda yang berhati mulia itu? Sungguh aku benar-benar tersentuh dengan kebaikan dirinya. Di saat aku benar-benar buntu, seakan angel turun dari langit datang membantuku!
Sekiranya pemuda itu tidak datang membantu, makanya semakin lewatlah ku kan tiba di Kuala Lumpur. Sedangkn aku telah pun kesuntukan masa. Alhamdulillah syukur aku tidak berhenti memujaNYA kerana aku benar-benar yakin yang DIAlah yang telah menghantar 'angel' itu membantuku... =,)
Bak kata pepatah, 'Budi yang baik dikenang jua.' Aku tidak kenal pemuda itu dan aku tidak tahu bagaimana mahu membalas budi baiknya. Lalu hanya doa tulus ikhlas lahir dari hati aku panjatkan buatnya;
"Ya Allah, Kau permudahknlah urusan pemuda itu, berikan dia rezki yg melimpah ruah, jadikan dia kaya & berjaya dunia & akhirah..."
Aku tiba di hentian Gombak tepat jam 9.10 pagi. Kak Nieza dan suaminya terkejut melihat aku tiba secepat itu! Aku menceritakan kejadian di tol itu kepada kak Nieza. Dia terasa lucu mendengar ceritaku dan ketawanya pecah. Aku hanya tersengih malu!
Tarian jemari,
KHADIJAH SHUKRI
Trillion Hearts Royal Sidr Honey
No comments:
Post a Comment