Thursday, 17 October 2013

ALLAH IS MY HERO!

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah segala puji dan puja hanyalah untuk Allah SWT, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW, sejahtera ke atas keluarga baginda, para sahabat serta para syuhada' yang bersama menegakkan agama tercinta ini. Hari ini saya terpanggil untuk membuat blog ini. Dan ini adalah post pertama saya untuk blog ini. Bukan saya tidak pernah buka blog sebelum ini, pernah, malah sebelum blog ini saya telah buka 2 blog namun atas sebab-sebab tertentu saya mengambil keputusan untuk membuka blog ini sebagai jambatan untuk merealisasikan impian saya. Apakah impian saya? Tunggu. Pada entri yang lain saya akan nyatakan impian saya tersebut, In Shaa Allah. Nantikan ya! :)

Saya suka menulis. Saya suka berceloteh dan saya suka berkongsi cerita, sedikit pengetahuan yang saya ada, resepi masakan dan sebagainya. Sebelum ini saya banyak share di Facebook. Kemudian ada seorang saudara menyarankan saya membuka blog. Saya hargai & raikan cadangan baik saudara tersebut maka dengan ini saya telah melaksanakan saranannya itu. Jazakallah Khairan Khatheera buat saudara tersebut.

Terlalu banyak dalam hidup ini untuk di syukuri. Sungguh rahmat kasih-sayangNYA serta nikmat yang diberikan melebihi kemurkaanNYA. Sehingga saat ini, saya telah berpijak di bumi & menghirup oksigenNYA selama 26 tahun, 7 bulan dan 17 hari. Selama masa itu telah banyak keajaiban berlaku dalam hidup saya sekeluarga. Terlalu banyak! Sungguh, kasih-sayangNYA sentiasa memayungi kehidupan kami sekeluarga terutama ummi saya. Ya, beliau wanita yang hebat di mata kami sekeluarga. Keimanan & ketaqwaannya kepada Allah Yang Esa sungguh mengkagumkan kami. Beliau meletakkan keyakinan & keberantungannya kepada Allah melebihi 500%!

Allahu Allah...
Ya Rahman Ya Rahim...
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


In Shaa Allah sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya. Salam ukhuwah kerana Allah. :)

Tarian jemari,

KHADIJAH SHUKRI
Trillion Hearts Royal Sidr Honey







No comments:

Post a Comment