Tuesday, 22 October 2013

CARA CEPAT SUPAYA DOA DIMAKBULKAN

Assalamualaikum WBT. Salam ceria, salam bahagia buat semua pembaca yg sudi membaca Blog saya yg tidak seberapa ini...

Saya suka nak kongsikan ilmu yang saya dapat dari seorang guru. Saya telah anggapnya guru saya walaupun dia muda setahun dari saya dan walaupun hanya sekali dua saya masuk kelasnya kerna ilmu yg dia kongsikan itu tidak ternilai harganya... :)

Saya join kelas Marketing Onlinenya pada 22 September lalu dan dalam kelas itu dia ada sharing dengan kami Bagaimana Cara Cepat Supaya Doa/Impian/Hajat Kita Dimakbulkan.

Saya buat apa yang guru saya ajarkan dan Subhanallah... Allahu Akhbar... memang saya dapat apa yang saya minta itu lebih cepat dari yang saya sangka malah DIA beri yang lebih baik dari yang saya minta! Maha Baiknya DIA kan...

Jadi suka saya nak share di sini kerana mungkin ramai diantara kita yang perlukan sesuatu hajat itu dengan segera.

Caranya anda perlu berdoa pada masa alpha anda tinggi iaitu k
etika anda dalam keadaan yang tenang & berseorangan. Pada ketika itu hanya ada anda dan DIA. Doalah pada waktu-waktu mustajab seperti antara azan & iqamah, semasa hujan lebat, semasa bermusafir dan sebagainya..

Caranya ialah... dengan suara yang paling lembut, paling manja & paling menggoda (kalah anda bercakap dgn pasangan kan..) anda berkata- kata dengan Allah SWT, kekasih teragung anda. Anda benar2 menghayati & minta dengan sepenuh jiwa & raga anda. Dalam doa itu anda puja & pujilah DIA. Merayu dengan sesungguh hati.. Masa itu anda akan rasa mutiara jernih mengalir laju ke lembah pipi.. & badan anda akan bergetar.. dan darah mengalir laju ke seluruh badan! Masa itulah alpha anda sedang tinggi kerana anda benar-benar menghayati doa itu.


Selepas berdoa anda akan rasa sangat tenang... yakinlah lebih dr 500% yg doa anda akan dimakbulkanNYA, In Shaa Allah! 

Selamat Beramal! Saya doakan segala hajat & impian anda dimakbulkan Allah SWT dan segala urusan anda diakhiri atau disempurnakan dengan kebaikan, Allahumma Aamiin... 




Tarian Jemari,

Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey

No comments:

Post a Comment