Pelajar di sebelah kanan saya (gambar dibawah) masa awal tahun dulu sangat lain perwatakannya. Sedang saya mengajar tiba-tiba dia angkat cermin tinggi-tinggi mengadap cikgunya & cakap sehingga satu kelas terdiam; "Cikgu, cikgu x rase ke cikgu ni cantiik?" Ayatnya itu membuatkan saya speechless & terhenti seketika mengajar.
Di awal waktu dulu anàk ini sering mengajukan soalan kepada saya; "Cikgu, kenapa kebanyakan cikgu suka pilih kasih? Depa suka layàn budak² nerd & baik jee.." .
"Cikgu macam tu ke?" tanyaku kembali kepadañyà. "Takdelaa.. Bukan Cikgu. Cikgu-cikgu lain laa.." .
'Cikgu takde jwpn utk itu Nizar. Tapi cikgu tak tahu kenapa.. Cikgu sebàliknya.. Cikgu suka mendekati kamu & anak-anak yang macam kamu..' aku hanya mampu berkata-kata dalam hati.
.
Masa awal tahun dia langsung tak de buku tulis untuk subjek saya. Sebab dia memang jujur beritahu saya yang dia tak minat subjek BM & Sejarah. Saya tak marah dia dan paksa dia untuk sediakan buku tersebut. Tapi mula tengah tahun dia semakin berubah. Dia mula sediakan buku latihan untuk subjek saya. Dan yang paling buat saya sebak markah BM & Sejarahnya meningkat dengan sangat banyak iaitu dari D (Peperiksaan Awal Tahun) meningkat ke A! (Peperiksaan Akhir Tahun). Allahuu.. 😭
Anak yang dulu bermasalah kini pandai menyelesaikan masalah.
Saya mula nampak bakat kepimpinan yang ada padanya di dalam kelas bila mana dia rajin volunteer untuk baca sesuatu petikan di depan kelas, rakan sekelasnya semua khusyuk mendengar tanpa mencelah.
.
"Nizar, cikgu lihat dan perhati kamu ni ade pengaruh yang sangat kuat. Kamu boleh pengaruhi kawan-kawan kamu sampai mereka semua fokus dan kusyuk mendengar bila kamu bercakap. Kamu mesti akan jadi orang hebat satu hari nanti."
Saya sengaja memujinya dihadapan kelas kerana mahu memberi motivasi kepada anak ini. Satu kelas bersorak dan menepuk tangan saat nendengar saya memujinya. Dia terus senyum dan tertunduk malu.
"Nizar, kamu ketua pelajar tahun depan ye?" saya melihatnya sambil senyum semanis kurma dan mata bersinar bagai bintang berkelipan. Tidak tahu kenapa saya dapat merasakan anak ini mempunyai bakat kepimpinan besar yang perlu digilap.
"Eh takdelaa cikgu. Saya tak layak." dengan nada perlahan anak itu menjawab sambil tunduk.
.
"Cikgu tak nak tau ke kisah silam saya? Saya dulu nakal cikgu dan selalu buat masalah.."
"Cikgu tak nak tahu. Sebab cikgu tak nak menghakimi kamu kerana kisah silam kamu. Cikgu bukan Tuhan Nizar yang layak menilai kamu. Sedangkan Tuhan pun tidak terus menghukum hambaNYA. DIA beri peluang banyak kali kepada hambaNYA untuk bertaubat. Yang cikgu tahu semua orang boleh berubah. Dan Allah menerima taubat semua hambaNYA."
Dan kini anak ini telah banyak sangat berubah. Berubah ke arah yang sangat positif malah dia diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pelajar kerana sifat kepimpinan yang ada padanya. Ternyata nilaian saya kepadanya selama ini tidak silap.
Nizar, cikgu bersyukur sangat dapat mengenali kamu.
Terima kasiihh anak Syurga.
Cikgu Setahun Jagung;
-Cikgu Ijaa-
25 Ramadhan 1439H
No comments:
Post a Comment