Ramai yang bertanyakan kepada kami soalan seperti itu.
---> Apakah istimewanya madu Sidr ini dengan madu lebah yang lain seperti madu tualang, madu kelulut, madu dari lebah yg dibela/ternak dan sebagainya?
Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, saya nak mengajak anda semua untuk menghayati sepotong ayat dari Surah Lebah ini, An-Nahl: 16 yg berbunyi;
"Dan Rabb (Tuhan) mu mewahyukan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarang-sarang di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang mereka dirikan.”
=======================================================
Apakah yg anda dapat dari ayat di atas?
Cuba lihat di manakah tempat pertama yg Allah perintahkan kepada sang lebah untuk membuat sarangnya?
Di gunung-ganang kan?
Kenapakah Allah menyebut gunung-ganang dahulu, kemudian barulah di pokok-pokok kayu lalu diikuti dengan di bangunan-bangunan yg didirikan oleh manusia?
Ayat itu sendiri telah menunjukkan madu dari lebah yg membuat sarangnya di gunung-ganang itu adalah yg sangat baik kualiti & harganya berpadanan dengan kesusahan yg perlu ditempuh oleh pengutip madu di mana mereka terpaksa mendaki gunung dan melalui perbagai cabaran untuk sampai ke sana bagi mendapatkan madu tersebut.
Kenapa gunung?
Gunung adalah kawasan yg bebas dari pencemaran, masih terpelihara alam semulajadinya dan sangat bersih persekitarannya. Saya pernah minum air dari kaki Gunung Kinabalu. Subhanallah... rasa airnya sangat-sangat menyegarkan, sedap & menyejukkan anak tekak! Sangat berbeza dengan air sungai di mana air gunung terasa lagi bersih, suci lagi menyucikan. Betul.
Kerana itulah madu yang diambil dari lebah yg membuat sarang di kawasan pergunungan adalah berkualiti tinggi & mengandungi khasiat yg banyak.
Tahukah anda Royal Sidr Honey ini berasal dari lebah yg menghisap bunga Sidr di pergunungan Yemen?
Ya, Royal Sidr Honey ini adalah 100% dari Yemen, 100% mentah, asli & tulen. Trillion Hearts Royal Sidr Honey telah disahkan oleh MARDI adalah madu ASLI dimana kandungan sukrosanya rendah iaitu kurang dari 10%. Ini bermakna Royal Sidr Honey selamat dimakan oleh sesiapa saja samada pesakit kencing manis, pesakit kanser, bayi bawah umur 1 tahun dan lain-lain.
Madu Sidr ini di iktiraf oleh World Health Organization (WHO) sebagai madu TERBAIK DUNIA.
Rasa madu Sidr ini sangat sedap, baunya yang segar serta kepekatan yg tinggi membuatkan ramai orang dengan sekali makan saja terus melekat di hati!
Madu Sidr ini di iktiraf oleh World Health Organization (WHO) sebagai madu TERBAIK DUNIA.
Rasa madu Sidr ini sangat sedap, baunya yang segar serta kepekatan yg tinggi membuatkan ramai orang dengan sekali makan saja terus melekat di hati!
Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah Lebah, ayat 69 ini dimana DIA telah menjanjikan bahawa madu ini adalah sebagai penawar kepada segala penyakit kecuali mati.
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
Al-Qurtubi menjelaskan bahawa kebanyakan para tabib menyediakan ramuan ubat dengan menggunakan madu kerana madu memberi kesan yg baik untuk menyembuhkan penyakit.
Rasululla SAW bersabda ;
"Hendaklah kalian menggunakan dua jenis penawar iaitu madu dan Al-Quran." (Riwayat Ibnu Majah no. 3452)
Jika dilihat dari hadis di atas kenapakah Baginda menyebut madu dahulu kemudian diikuti dengan Al-Quran?
Marilah kita sama-sama fikirkan..
Mari kita kembali kepada Al-Quran & sunnah Rasulullah SAW..
Ilmu ini dikongsikan kepada saya oleh Ustaz Wan Yusoh Bin Wan Ali, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan.
Jazakallahu Khairan Khatheera buat Ustaz Wan Yusoh yg banyak berkongsi ilmu dengan saya. Moga rahmat & kasih-sayang Allah sentiasa mengiringi kehidupan beliau, aamiin..
=============================================================
JOM AMALKAN MAKAN MADU!
ROYAL SIDR HONEY
"Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!"
Tarian Jemari,
-Khadijah Shukri-
Trillion Hearts Royal Sidr Honey
No comments:
Post a Comment