"Cikgu Khadijah, bila cikgu nak masuk kelas kami? Dah lama cikgu tak masuk kelas kamii!" jerit anak syurga dari dalam kelas bila lihat aku melintasi kelas mereka.
Allahu. Sungguh aku sebak. Selalu pelajar bukan lagi hepi ke cikgu tak masuk kelas? Lagi-lagi pelajar lelaki memang beraya sakan kalau cikgu tak masuk kelas. Ni siap depa yang mintak aku buat kelas tambahan walaupun aku yakin yang aku boleh abiskan silibus on-time. 😅
Ikutkan sebenarnya aku malas nak buat kelas tambahan sebab banyak kerja lain lagi bertimbun. Dengan nak tanda kertas dan buku lagi. Dengan nak key in results dan sebagainya. Sememangnya kerja sebagai guru tak pernah habis. Sampai aku beberapa kali juga terpaksa tidur di bilik guru tak balik rumah sebab nak siapkan kerja ontime. Kenangan betulll. 😅
Tapi bila anak syurga sendiri yang mintak nak buat kelas, lemah kepala lututku nak menolak permintaan mereka. Yang aku heran bin ajaib depa nii terbalik dari normal. Normalnya pelajar paling tak suka subjek Sejarah terutama pelajar lelaki. Ini dibuktikan bila guru pakar Sejarah bagitau hampir 60% pelajar tidak menjawab kesemua soalan bagi kertas Sejarah dalam SPM!
Apesal time aku mengajar, dorang siap mintak aku buat kelas tambahan? 😅
Tapi aku fikir positipp jee laa. Aku anggap jee dorang rinduu nak dengar aku membebel bagi motivasi. 😂
Aku sedar yang aku memang guru yang kurang berpengalaman dalam mengajar. Tapi mungkin aku selalu meletakkan sepenuh jiwaku bila masuk ke kelas mereka, Allah izin mereka mudah sangat menerima apa saja yang aku sampaikan. Mudah dengar cakap dan terima nasihat yang aku sampaikan. Baik sangat. Mujur aku tak sampaikan ajaran sesat jee.. 😅
Anak remaja ni kalau tak kena cara didik mereka akan jadi memberontak. Subjek kita pun akan diboikotnya sebab tak suka cikgu yang mengajar. Saya berani cakap sebab saya dulu pun pernah macam tu. Dan saya yakin ramai dari kita masa zaman remaja dulu pun macam ni jugak kan? ðŸ¤ðŸ˜…
Cara terbaik untuk didik anak remaja yang bagi kita mungkin sangat mencabar adalah kau perlu jadi kawan baik mereka. Cuba letakkan diri kita ditempat mereka. Dengar setiap suara dan luahan hati mereka TANPA SESEKALI MENGHAKIMI.
Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna dan tidak buat salah. Dan tiada manusia yang tidak diberi ruang untuk bertaubat dan berubah.
Jadilah pendengar yang baik barulah mereka akan mudah mendengar nasihatmu.
Bila mengajar janganlah terlalu serius. Confirm budak akan tidur atau mati kebosanan. Sambil mengajar tu selitkan cerita yang boleh beri pengajaran dan motivasi kepada mereka. Kadang aku tak sedar air mata bergenang bila bercakap dihadapan mereka punya rasa sebakk sebab mereka semua anak-anak yang baik, soleh solehah dan luar biasa hebat.
Sampaikanlah dari hati nescaya akan sampai ke hati mereka juga.
"Cikgu dulu masa belajar amik bidang psikologi ke? " tanya salah seorang anak syurga.
Terkejut aku mendengar pertanyaan itu.
"Kenapa kamu tanya soalan tu? "
"Takdelah.. Apa yang cikgu cakap semua buat kami tersentap."
Allahu Akhbar. Ketahuilah anak-anak Syurga bahawa Allah lah yang memegang hati cikgu dan hati kalian. Jika kalian terkesan dengan kata-kata cikgu dan menjadi asbab hidayah, sungguh itu semua datang dari Allah. Cikgu hanyalah perantara saja.
Sunggu cikgu sangat bertuah mengenali kalian. Hingga saat ini cikgu dapat rasakan doa kalian yang tidak putus buat cikgu. Saat cikgu down, kalianlah penguat semangat cikgu. Masuk ke kelas kalian adalah ubat terbaik buat cikgu saat tertekan.
Jika kalian rindukan cikgu, cikgu seribu kali rinduu untuk bersama kalian. Doakan semoga Allah satukan kita semua di SyurgaNYA kelak ya.
Sungguh cikgu menyayangi kalian kerana Allah.
![]() |
| Guru kelas 4 Khaulah. |
![]() |
| Kelas ni selalu buat saya terhibur dengan keletah mereka. Ada yang manja dan suka curi perhatian saya. 4L 2017 |
Sekadar coretan sebagai kenangan sebagai pendidik.
Salam sayang dari Cikgu Ciken Chop.
Cikgu Ija.
Khamis, 16 Mei 2019, 2.22pm
London, United Kingdom










No comments:
Post a Comment