Friday, 26 September 2014

.::LAKSA WAN ITAM::.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ahli-ahli Syurga yang dirahmati Allah..

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi resepi laksa yang sangat ringkas tapi super duper sedaappp!

Seperti yg anda baca, resepi ini saya namakan sebagai resepi Laksa Wan Itam.
Saya creditkan nama Wan Itam kerana dialah yang Tuan punya resepi ini dan dengan baik hatinya dia sudi berkongsi resepi dengan saya.
Wan Itam ini adalah saudara saya sebelah ummi. Setiap kali menjelang raya saban tahun kami wajib pergi beraya umah Wan Itam ni sbb salah satunya nak melantak laksanya ittew! Hahaha.. Niat x betul tu. =p

Alhamdulillah. Saya doakan Wan Itam diberikan rezki yg melimpah ruah & pahalanya terus bertambah berkat dari ilmu masakan yg diturunkan kepada saya dan anda semua ini InShaaAllah aamiin! :)

Saya berani cakap laksa ni adalah thorrrbaeekk! sebab laksa wan itam ni sangatlah famous amous di kampung kami iaitu Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang. Koi orang Lepiihh weeii!  Tambahan pula wan itam ini bersama gengnya telah memenangi tempat ke-2 dlm pertandingan memasak peringkat akhir yg dianjurkan oleh pihak Adabi.
Panjangnyee membebel yee.. =p
Oklah tanpa melengahkan masa lagi jom kita tengok apa bahan-bahannya.

****************************

RESEPI LAKSA WAN ITAM THORRBAEEKK!


Bahan-bahannya:
Untuk kuah
1. 1 kg Ikan Mata besaq (atau lebih dikenali sbg ikan Uji Rashid)/ ikan lolong/ikan sardin.
2. 11-15 keping asam keeping
3. 2 raup tapak tgn bawang merah.
4. 3-4 senduk cili kering yg telah dimesin
5. Garam kasar
6. Daun kesum
7. Bunga kantan

Cara masak kuah laksa :

1. Baca bismillah & selawat.
2. Rebus ikan mata besar tadi bersama dgn asam keping.
3. Blender bawang merah.
4. Asingkn isi ikan dari tulangnya. Blender isi ikan bersama air rebusan ikan. Ketepikan. Kemudian blender tulang ikan pula. Tapis dan ambil air tulang ikan itu.
5. Masukkan bawang merah,isi ikan, air tulang ikan,cili kering, garam kasar dan asam keping yg diguna masa merebus ikan tadi ke dalam periuk.
6. Masakkan atas dapur dengan api sederhana sehingga menggelegak dan cili keringnya masak (lebih kurang dalam 20-25 minit). Selalu kacau supaya tak berkerak dibawahnya. Sementara nk tunggu tu bolehlah rebus laksa dulu.
7. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum dan bunga kantan.Masak sekejap. Dah siap! Senangkan?

Hidangkan laksa bersama bahan-bahan sampingan seperti telur rebus, limau kasturi,cili api, timun dsb.

Selamat mencuba! :)

#LaksaSedap #LaksaKgRelong #LaksaPahang


Love,
Khadijah Shukri

Wednesday, 14 May 2014

My Journey...

Perlahan-lahan...
Ku mengatur langkah...
Menusuri perjalanan sebuah kehidupan...
Kadang-kadang...
Aku cuba berlari laju...
Berharap...
Aku kan cepat tiba ke garisan penamat...
Namun..
Acapkali ku jatuh tersungkur...
Pedih...
Menahan sakitnya luka-luka itu...
Tanpa sedar...
Kolam mataku pecah...
Sebak...
Dadaku menahan pilu...
Lalu...
Ku kembali memperlahankn langkah kaki...
Jauh...
Ku melempar pandangan ke dada langit...
Sayu...
Ku berbisik pada Ilahi...
Teresak-esak...
Tangis senduku mengadu padaNya...
Allahu Rabbi...
Hanya padaMu ku bersujud.....
Cukuplah Engkau bagiku...

Friday, 28 February 2014

Birthday Ku Pada Hari Jumaat!



Dulu setiap kali masuk tahun baru saya akan tengok kalendar & check hari lahir saya. Saya selalu ternanti-nanti tahun di mana hari lahir saya jatuh pada hari Jumaat. Kenapa? Sebab saya suka hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang penuh barakah. InShaaAllah. 


Alhamdulillah pada tahun 2014 akhirnya tiba jua penantian saya selama ini. Cewahh... feeling2 plak kaann...

Jazakillah khairan khatheera buat bonda tercinta, Ummu Aessyaro yang telah berjuang saat melahirkan saya ke dunia ini, yg terlalu banyak berkorban sepanjang membesarkn saya, yg tidak putus mendoakan kebaikan utk saya & untuk segala-galanya.. sudah tentu angah tidak terbalas jasa ummi itu..
Hanya dengan sebelah ovari yg berfungsi, Allah mengurniakan ummi 10 org anak. Malah terlalu banyak keajaiban yg berlaku dlm hidup kami sekeluarga krn sayangnya Allah kpd ummi.
I love you my greatest ummi! 

Terima kasih kepada yang wish birthday saya. Pada adik yg beri saya hadiah beg yg sgt cantik, Suffiyah Shukri, kamsahamiidaa! Arigatoo!
Terima kasih kpd semua atas doa yg tidak putus2..
Saya tiada apa2 tanpa doa dari anda semua.

2014 InShaaAllah adalah tahun kebangkitan Khadijah Shukri!

"Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Bil Khoir.."





Lots of love,

Khadijah Shukri
‪#‎MarketerBijak‬ ‪#‎MarketerLuarBiasa‬
‪#‎TrillionHearts‬ ‪#‎RoyalSidrHoney‬ ‪#‎MaduNo1TerbaikDunia‬

Trillion Hearts Royal Sidr Honey

Monday, 17 February 2014

IBU TUNGGAL ATAU IBU BAHAGIA?


Setiap kali saya buat seminar, saya tidak pernah rasa saya nak mengajar, tapi sebaliknya niat saya hanyalah nak berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada yg saya telah apply kan dalam biz saya & pengalaman saya membina biz ini dari ZERO sehinggalah mencapai tahap sekarang.

Malah dari seminar2 saya sebelum ini, sayalah yg banyak belajar dari peserta.. ada seorg peserta yg luar biasa kekuatannya membuat saya tersedar dari 1 perkara yg kita nampak remeh tapi sebenarnya ianya memberi kesan yg sangat besar kpd golongan ini.

Di mana sebelum ini kita sering menggelar/ melabelkan ibu2 yg tiada suami (samada cerai hidup/mati) sebagai ibu tunggal, betul betul?

Menyebutnya saja membuatkan kita berpandangan tidak BEST, negatif dan sebagainya, betul betul?

Peserta saya ini memberitahu saya dia tidak pernah rasa dia adalah ibu tunggal ttp dia adalah IBU BAHAGIA. Kerana itu dia tidak merasakan yg ujian yg menimpa dirinya itu sebagai 1 alasan untuknya rebah ke bumi & bermain biola lama2. Kerana dia meletakkan dirinya ke 1 tahap yg ISTIMEWA. Malah dia rasa sangat BAHAGIA & lebih TENANG dengan kehidupannya sekarang.

Jika kita nak orang hormat diri kita, kitalah yang perlu hormat diri kita terlebih dahulu. Jika kita nak orang hargai diri kita, kitalah yg perlu HARGAI DIRI SENDIRI dahulu barulah org sekeliling akan menghargai diri kita. Jika kita nak org lain positif dgn kita, kitalah yang perlu sentiasa BERFIKIRAN POSITIF barulah kita dapat menarik org2 yg POSITIF dlm hidup kita, betul betul? Kerana kita adalah MAGNET. Apa yg kita tarik itulah yg akan mendekati kita. Betul betul?

Sekarang, apakah NILAI yg anda nak letakkan pada diri anda?

YOU ARE WHAT YOU BELIEVE!


Kerana Allah itu bersama sangkaan hamba2NYA. 





Tarian Pena,

KHADIJAH SHUKRI
TRILLION HEARTS

Wednesday, 12 February 2014

::SEGALANYA BERMULA DI SINI::


Assalamualaikum WBT...

Pejam celik- pejam celik kita telah pun hampir tiba ke pertengahan tahun 2014! Allahu Akhbar... terlalu sgtlah pantasnya masa berlalu kaann... Tapi alhamdulillah bagi saya 2013 adalah tahun yang paling bersejarah dalam hidup saya! Yaa, tahun yang sangat meninggalkan kesan mendalam dalam diri ini... Tahun perubahan insyaAllah! Tahun dimana berputarnya hidup saya 180 darjah insyaAllah...

Alhamdulillah terlalu sangat bersyukur atas segala limpahan nikmatNYA yang melimpah ruah sehingga saya menangis gembira kerana saya dapat merasai betapa sayangnya DIA pada saya... saya dapat merasai sentuhan didikanNYA yang datang menepuk saya secara lembut & halus sehingga saya merasai manisnya perasaan itu... terlalu sukar untuk digambarkan...

Terlalu banyak yang saya pelajari sehingga saya terlalu sangatlah 'excited'nya nak share dengan semua orang! Mereka yang rapat dan mengenali saya pasti dapat merasai aura keterujaan saya itu kaannn... =p

Saya hanyalah insan kerdil... punya banyak kekurangan... insan yang sangat dahagakan ilmu dunia dan akhirat... insan yang dahagakan peringatan dan nasihat... yang sentiasa belajar memperbaiki kelemahan... lalu DIA menemukan saya dengan insan-insan yang sangat kaya dengan ilmu... sangat suka memberi peringatan dan teguran dengan ikhlas... biar tersentap sekalipun teguran & nasihat itu, tetapi itulah yang membuatkan saya terjaga dari lena yang panjang!



Yaa, pernah dulu semasa saya remaja saya menanam impian... dan disebabkan suatu peristiwa terjadi saya terus melupakan impian saya itu... saya simpannya kemas dalam lipatan memori... hampir saja saya padam terus impian tersebut! Tapi benarlah janjiNYA, DIA bersama sangkaan hamba-hambaNYA dan DIA tidak akan sesekali mengubah nasib saya melainkan saya sendiri yang mengambil kuasa tindakan untuk mengubahnya!

Lalu dengan tekad dan azam yang membakar, saya buka kembali lipatan memori itu... Di atas kertas putih, saya tulis kembali impian saya yang selama ini semakin pudar! Sungguh ianya membuatkan air mata ini mengalir... betapa selama ini saya telah banyak mensabotaj diri sendiri! Ya Allah, terasa sangat bodoh diri ini ketika itu!

Tapi kini alhamdulillah... saya dapat merasai yang seolah-olah DIA memimpin tangan saya keluar dari satu lorong yang gelap-gelita kepada satu cahaya yang sangat terang! Saya dapat merasai bahawasanya DIA membisik lembut ke dalam diriku menyatakan "Khadijah...inilah jalan yang engkau minta padaKU selama ini... telusurilah ia..." =,)

Oh Allah..... You Are Sooooo Sweet! I Love You Even More!

"Berkawanlah dengan orang hebat, nescaya kamu akan mengikut jejak langkahnya,Rapatilah orang alim, nescaya kamu akan terikut akan kebaikan akhlaknya,Bergaullah dengan fakir miskin dan anak yatim, nescaya kamu akan menjiwai erti syukur!" -Khadijah Shukri-










Tarian pena,
Khadijah Shukri
Trillion Hearts

MY FIRST SEMINAR BEFORE TTT

Pada 01/12/2013 Puan Hanani mempelawa saya untuk bersama-samanya dan kak Izyan untuk mengadakan seminar Facebook. Saya bersetuju & meminta untuk berkongsi tentang bagaimana saya buat jualan RM 500-700 sehari dengan hanya menggunakan marketing secara PERCUMA tanpa menggunakan FB Ads..

Ini adalah kali pertama saya mengajar orang2 yg hampir kesemuanya lebih tua dari saya malah ada peserta yg membahasakan diri mereka auntie & mama lg.. 

Alhamdulillah saya tak nervous cumanya saya rasa masa bercakap tu saya agak laju mcm nak kejar keretapi kaannn... kononnya saya perlukan masa 2 jam utk sesi saya tapi rupanya saya boleh habiskan dalam masa 1 jam je. Hee... Alhamdulillah saya berjaya membongkar potensi diri!


Sebenarnya masa ini saya tiada ilmu lagi tentang "Bagaimana Cara Bercakap yang Betul" sebagai seorang Trainer & membuatkan seminar kita tidak bosan malah peserta sangat fokus unta!



But it's really good as a start. At least ada TINDAKAN & kita belajar sumthing dari pengalaman tersebut. Itu yang guru kami pesan.

Terima Kasih Allah kerana memberi saya melalui pengalaman yang tidak ternilai harganya ini & mengaturkan majlis ini berjalan lancar.. 





Tarian pena;

Khadijah Shukri

MY FIRST SEMINAR AFTER TTT



My first seminar (yang saya conduct seorang diri) is really give me big impact. Feedback dari peserta benar-sbenar buat saya semakin bersemangat utk bantu lebih ramai org. Mereka semua adalah insan2 yg luar biasa hebat!

Encik Khairul Anwar Abu Bakar, tauke sutera; walaupn adalah student AMP DAO tapi beliau masih merendah diri dtg hadir ke kelas saya utk menuntut ilmu. Subhanallah. Saya harap sgt En. Khairul dpt laksanakn idea yg saya cadangkn sbb idea tu setahu saya x pernah lg org buat dlm industri sutera krn idea dari Allah itu tercetus secara tiba2 semasa seminar tadi..

Bagi saya utk menjadi leader dlm industri business kita, kita kenalah create sesuatu yg luar biasa dari pesaing kita. We have to be outstanding than others right? 

Saya doa beliau terus Kaya & Berjaya dunia akhirah & menjadi Pakar Sutera No.1 di Malaysia. 
Naematul Jannah pula pakar minyak wangi dimana dia boleh hasilkn minyak wangi yg ada 3 bau yg berbeza dlm 1 botol! First time saya dengar. Unik!

Orgnya hebat, mampu BANGKIT dari ujian hidup yg sgt besar dengan cepat. Very inspiring!
Begitu jg peserta2 lain, Norsaliza Aziz & Wan Hidayah yang sgt komited menghadiri kelas ini. Saya nampak mereka inilah yang akan naik & berjaya dengan cepat! Betul. Kerana mereka sgt pantas bertindak.
Mereka bersungguh utk menuntut ilmu & memperbaiki ekonomi keluarga.

Beza antara org yg luar biasa dgn org yg biasa2 adalah kuasa TINDAKAN!

Kerana itu hanya yg pantas akan menang!

Saya doakan mereka semua terus kaya & berjaya dunia wal akhirah menjadi jutawan mukmeen muttaqim aamiinn.








Pengalaman pertamaku buat seminar setelah tamat Train The Trainer (TTT). Alhamdulillah, it's awesome! :)

Tarian pena;

Khadijah Shukri

Friday, 7 February 2014

TTT is Super Duper Awesome!

Antara banyak program yang saya pernah join setakat ini, TTT adalah yang Thorrbaaiikkk!
Seriously! Memang awesome! I can't describe it by words...
Only when you experienced it yourself, then you will know how valuable this program!
My energy always high bcoz I have great energy givers!

Tomorrow I will conduct my first seminar..
Doakan seminar ini berjalan lancar & memberi impact yang optimum ya...
luv u ollss!



Tarian pena,

Khadijah Shukri

THE POWER OF VISUALIZATION



Satu perkara penting yg saya sgt belajar di TTT ialah sebelum Allah makbulkn hajat/doa kita, DIA akan uji kita dulu untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran & sangkaan kita kepadaNYA.

Sebelum kumpulan saya diumumkan sebagai KUMPULAN TERBAIK, setiap dari kami melalui perbagai cabaran & dugaan. Tapi kami sentiasa bersangka baik & tetap positif. Kami saling motivate each other.

We always said to each other, "It's ok. HE juz test us a little bit bcoz HE want us to be THE BEST TEAM."

Puan Hajjah Lili push kami to the maximum energy and said " Kita tebus maruah kita kali ni & buktikan yang kita adalah KUMPULAN TERBAIK!"

Masa pertandingan akhir, ada beberapa ahli kumpulan saya yg hampir pengsan & give up. Tapi disebabkn kami saling motivate each other to the maximum level & keep up the energy, alhamdulillah kami berjaya sampai ke garisan penamat!

Then a crew come to us & said " I know you all can perform very well!"

Saya selalu visualize yang kumpulan saya akan diumumkan sebagai KUMPULAN TERBAIK & kami naik ke pentas dengan bangganya. Then the visualization becomes reality! Kami diumumkan sebagai KUMPULAN TERBAIK & my submissions utk naik ke pentas dimakbulkanNYA! Waauu! The Power of Visualization! 

Saya bersyukur dapat bersama mereka & merasai aura mereka. Semua ahli kumpulan saya orang yg hebat2. Puan Kalavathy Rasalingam, Hajjah Lili, Untie Julia, Puan Sa'diah Sapiee, kak Sulhayati, Kak Fadilah & Kak Sharifah, they all are awesome! How lucky I'm to be wif them. Alhamdulillah. 





Salam Sayang,
Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey
#RoyalSidrHoney
#MaduNo1TerbaikDunia

Thursday, 9 January 2014

[SIRI 2] Pengalaman Berniaga Khadijah Shukri

Sambungan dari [SIRI 1] Pengalaman Berniaga Khadijah Shukri..

Alhamdulillah syukur aku masih diberi peluang menghirup oksigenNYA.. masih mempunyai anggota badan yg sempurna.. masih ada tempat tinggal..masih ada ibubapa.. & terlalu byk nikmat yg Allah berikan pada ku.. Itu yg aku lafazkan sebaik saja membuka mata pagi tadi...

2 tahun lepas saya seperti mayat hidup... bak kata pepatah, hidup segan mati tak mahu... saya malu utk berjumpa dgn orang.. saya hilang semangat utk hidup.. setiap hari termenung memikirkan masa depan yg gelap.. tanpa sedar air mata mengalir laju menuruni lembah pipi... syahdu sungguh bunyi biola itu...

11 bulan kemudian saya dapat kerja.. saya diamanahkan utk set up sebuah mini mart berkonsepkan halal & makanan sejuk beku.. asal kedai itu kosong, saya penuhkn dgn barang2.. hampir semua saya uruskan.. saya cari suppliers.. saya ambil barang dari pemborong.. saya buat akaun kedai... saya buat promosi menghebahkan pembukaan mini mart itu dengan edar fliers ke taman2 berdekatan.. sehinggalah kedai itu dikenali.. dan pelanggan semakin ramaii... dan jualan meningkat dlm masa 3 bulan..

Namun kita tak dpt lari dari di uji kn..saya diuji dgn pekerja yg bermasalah.. saya mula perasan duit jualan byk yg hilang.. brg2 dlm kedai itu pn byk yg tidak dpt dikesan.. saya buat report pada pihak atasan namun tindakan yg diambil sangat lambat..

Pada Januari 2013 seorg pensyarah menyarankan saya mendaftar & menghadiri program Dr Azizan Osman.. masa tu saya tak kenal langsung siapa beliau tapi ntah kenapa saya hanya menurut tanpa banyak soal.. masa tu perlu daftar 2 orang utk dapat free jadi saya bawa ummi saya bersama.. Di seminar tersebut saya banyak tersentap dengan kata-katanya.. air mata sangat murah ketika itu.. Dr Azizan telah membuatkan saya tersedar dari koma yg panjang.. seolah-olah saya diberi kejutan eletrik.. masa itu juga segala impian yg saya telah lakarkan di langit biru ditayangkan kembali di skrin minda saya.. saya ingat kembali rumah banglo yg saya telah design itu.. saya merasai kembali pengalaman menaiki kereta BMW 7 Series.. semangat saya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci & menunaikan umrah bersama keluarga tercinta kembali berkobar-kobar...

Ya Allah.. Engkau masiih menyayangi aku... Engkau masih sudi mengutipku... Aku jahil Ya Allah.. Aku hampiirr saja putus asa dengan rahmatMU... Namun Engkau tidak pernah melepaskan tanganMU dari ku.. Kau terus memimpinku kembali ke jalanMU.. Ya Allah ampunkan daku... Aku berdosa Ya Allah.. Aku hamba yg sgt lemah... Aku tidak kuat tanpaMU.. Aku mohon padaMU... Janganlah Kau lepaskan pelukan rahmat kasih sayangMU ini yg sentiasa membuatkan aku rasa sangat dekaattt denganMU...

Nak ke nak tahu cerita saya seterusnya?

To be continue...







Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey

[SIRI 1] Pengalaman Berniaga Khadijah Shukri


Pengalaman berniaga saya x sehebat org lain..
Cumanya saya ada passion yg tinggi utk berniaga..
Saya x dpt recall my memory during primary school..
Yang saya ingat masa umur saya dlm 5-7 tahun.. kami adik-beradik selalu dibawa oleh ummi berniaga kain batik & kain pasang dr rumah ke rumah sbb masa tu abah sambung belajar.. jd ummi lah yg tlg abah support keluarga dgn berjual kain.. dlm masa yg sama ummi bekerja sbg kakitgn kerajaan..
Apa yg saya ingat masa saya start sekolah menengah.. masa form 1 saya dh berpisah dgn ummi abah.. mengembara jauh ke bumi Indera Kayangan utk menuntut ilmu..
Pengalaman pertama saya berniaga yg saya ingat ialah
masa saya form 2-3 saya tlg cikgu Geografi saya, Cikgu Omar jual roti dari kelas ke kelas.. katanya roti tu isterinya yg buat & dia tlg jualkn.. so sweet.. tp dia hire saya sbg penjual rotinya.. dptlah upah 20 sen utk setiap roti yg terjual.. boleh laa buat duit geli2 kn..
Then masa form 4 saya pindah sekolah.. sekolah kali ni lebih dekat sikitlah walaupn 3 jam jg perjalanan dr rumah.. hee.. masih sekolah berasrama.. masa tu saya terfikir nk cari duit poket lebih.. so dgn duit poket yg ummi abah beri saya setiap bln tu saya spent sikit utk buat modal berniaga.
Ape yg saya buat?
Saya pegi kedai borong mknn tu, saya beli kacang2 & packing kn dlm paket2 kecik..
Saya jual pd kwn2 sekelas je masa prep.. budakk asrama laa katakan.. sentiasa kebuluran.. jual laa ape pn mestii terlajak lariiss.. lg2 time study kn... suka nk menguyah..
Then biz saya semakin dikenali.. ada plak kwn2 dr kelas lain dtg beli dgn saya.. kiki...
Alhamdulillah bila ada duit sendiri saya x perlu lg minta duit ummi abah.. saya ni jenis yg x reti nk mintak duit dr parent. Mgkin sbb saya fikir ummi abah perlu tanggung ramaii lg adik2 bwh saya jd saya terbiasa berdikari..
Bila di UiTM pula saya selalu join kursus keusahawanan yg dianjurkn oleh Kelab Usahawan UiTM.. masa ni byk jg pengalaman saya dlm MLM.. Saya penah join Shaklee.. ade 2-3 MLM juga yg saya penah join..

Masa tu saya start menanam impian setinggi awan di langit.. Saya bercita-cita nk jd jutawan..
Saya siap design umah banglo yg saya nk.. saya merasa naik kete BMW 8 series.. wahh, rasa mcm jutawan sekejap... kiki...
Then lepas abis diploma saya x tau nk buat ape masa tu.. dr tanam anggur yg x nampak buahnya tu, saya dpt idea utk jual dadih & mee goreng di Maahad Tahfiz adik2 laki saya yg encem lg macho... saya buatkn dadih & masak mee grg then anta ke dorg.. dorg laa yg tlg jualkn.. alhamdulillah setiap kali saya hantar, semua makanan tu abis terjual dlm masa yg sekejap. Budak asrama laa katakan...
Then saya sambung degree..
Dek krn saya x suka berhutang jd saya apply IPTS coz x nk pinjam PTPTN punya pasaii.. hee...
Agak lama tempoh utk saya dpt MARA jd utk tampung kos pengajian & kos sara hidup saya sbg pelajar, saya jual kerongsang.. saya ambil kerongsang tersebut dari pemborong & jualnya pada para pelajar..
Alhamdulillah dpt laa sikit duit buat belanja...
Bila saya dpt MARA.. masa tu rasa selesa laa konon kn.. yelaa duit poket yg MARA beri mmg cukup.. so saya x buat ape2 biz dh lepas tu..
Sampailah lepas degree saya diuji dgn ujian yg bg saya paling besar dlm hidup saya.. setahun jg saya main biola di tepi air terjun.. masa tu saya hidup dlm dunia saya sendiri.. saya hanya nampak dunia saya yg gelap gelita... tiada masa depan.. setiap hari berendam air mata...

Nak ke nak tahu cerita saya seterusnya?

Nantikan ye..... 

To be continue.....









Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey

Ulamak Penghuni Neraka

Saya tertarik dgn cerita Ustazah Hafizah Musa di ikim.fm..

DiceritaKan ade seorang ulamak di negara Arab.. beliau merupakan ulamak yang terkenal dengan akhlak yang mulia, hubungan yang baik sesama manusia & sangat taat beribadah..

Pada suatu hari ada saudagar meminta beliau menyimpan hartanya kerana dia perlu ke tempat yang jauh dalam masa yang lama untuk berniaga.. ulamak tersebut bersetuju untuk menyimpankn hartanya..

Setelah selesai urusan saudagar berkenaan dia pun pulang & terus mencari ulamak itu untuk mengambil hartanya.. tapi dia dimaklumkan oleh penduduk disitu yang ulamak tersebut telah meninggal dunia.. saudagar itu kemudian merujuk kepada orang alim di tempat itu & bertanya bagaimana dia boleh mendapatkan hartanya kembali..

Orang alim tersebut menyarankn untuk pergi ke telaga zam-zam pada waktu malam & melakukan solat hajat & berdoa agar dapat bertemu dengan ulamak yang telah meninggal dunia itu.. Pada waktu malam saudagar itu melakukan seperti yang diarahkan.. namun sehingga ke pagi ulamak itu tetap tidak muncul..


Saudagar itu kembali bertemu dengan orang alim tadi.. terkejutlah orang alim itu mendengar perkhabaran tersebut. Katanya jika ulamak tersebut ahli syurga sepatutnya beliau akan muncul di telaga zam-zam tersebut.. kemudian dia mencadangkan untuk pergi pula ke 1 kawasan di mana di situ ditempatkan ahli neraka...


Saudagar itu menurut kata orang alim tersebut.. sekali lagi dia melakukan solat hajat & berdoa agar dapat bertemu dengan ulamak tersebut.. tidak lama kemudian ulamak itu muncul.. lantas saudagar itu bertanya dimana beliau menyimpan hartanya.. ulamak tersebut memberitahu dia menyimpan harta2 saudagar itu di bawah rumahnya.. kemudian saudagar itu bertanya...
"Wahai saudara.. kenapa engkau berada di sini sedangkan engkau org yg terkenal dgn akhlak yg mulia, baik hubungan dgn manusia & sgt rajin beribadah?"
Ulamak itu menjawab;
"Benarlah katamu.. namun aku telah mengabaikan kebajikan & tidak menjaga hubungan dengan saudara perempuanku.. lalu Allah mencampakkn aku ke sini..."


===================================================




Allahu Rabbi...
Benarlah wanita akan menarik 4 orang lelaki bersamanya ke neraka iaitu suaminya, anak lelakinya, abangnya & adik lelakinya..

Wahai kaum Adam..
Tanggungjawabmu besar..
Kau telah diamanahkan sbg pemimpin kpd kaum Hawa..
Jagalah wanita2 disisimu..
Ibumu.. isterimu.. anak perempuanmu serta saudara perempuanmu..
Jika mereka membuka aurat maka tegurlah dgn penuh hikmah..
Jika mereka membuat salah & silap tegurlah jg dgn hikmah..

Wanita ibarat kayu yg bengkok..
Jika terlalu kuat melenturnya kayu itu akan patah..
Namun jika dibiarkan ia akan tetap bengkok..
Jagalah mereka sebaiknya krn itu amanah yg Allah telah perintahkan padamu..
Jom sama2 saling melengkapi krn kita semua mahu ke syurgaNYA.. 


Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey

Pengesahan Dari MARDI

Alhamdulillah Royal Sidr Honey telah mendapat pengesahan dari MARDI

Gambar berikut menunjukkan surat pengesahan dari MARDI yang menunjukkan keputusan analisis Trillion Hearts Royal Sidr Honey.


Keputusan menunjukkan kandungan sukrosa dalam Royal Sidr Honey kami adalah rendah iaitu <10% dimana ianya membuktikan Royal Sidr Honey kami adalah 100% ASLI, MENTAH & TULEN dan ianya selamat di makan oleh pesakit kencing manis dan pesakit-pesakit lain.

Oleh itu anda semua boleh makan Royal Sidr Honey ini tanpa was-was. Kami hanya memberikan yang terbaik buat anda. Moga kami dapat menambah nilai hidup ramai lagi insan di luar sana In Shaa Allah. 

Warga Trillion Hearts sentiasa mendoakan anda semua diberikan kesihatan yang terbaik, ceria & bahagia dalam lindungan rahmat kasih-sayang Allah SWT, diberkati serta diredhai dunia wal akhirah In Shaa Allah Aamiin. 

JOM AMALKN MAKAN MADU!

ROYAL SIDR HONEY
"Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!"

Tips Menulis di Blog atau Website


Kalau kita menulis entry di website atau blog, elakkan guna perkataan2 singkat yang ketara.
Kalau 'sy', 'yg', 'x' tu org boleh faham lg. ok tujuan kita guna perkataan penuh di dalam entry kita ialah kerana:

Kita menulis di website atau blog utk sharing ilmu atau cerita kan? Jadi dah tentulah kita mahu ramai orang akan membaca entry kita tu. Sebagai org yg mencari info, mereka akan gunakan search engine (google, yahoo, etc) utk mulakan pencarian. Mereka akan taip perkataan penuh, betul?

Contohnya dia taip 'pelaburan emas', google akan keluarkan segala website yg ada perkataan tersebut. Sekiranya kita menggunakan shortform emas tu 'ems', google xkan masukkan website kita dalam search result, bererti kurangla org yg view blog/website kita tu.

Ini dipanggil cara-cara untuk meningkatkan Search Engine Optimization (SEO). Di mana apabila org taip je pelaburan emas, blog/website kita akan keluar antara 10 result terawal. Kita bila google, mesti akan klik link tu satu persatu dr atas ke bwh betul? Jadi jika SEO kita bagus, boleh jd blog kita antara yg terawal akan keluar.

Mengapa penting?

1. Menulis entry dlm blog/website sebenarnya telah meletakkan kita sebagai contributor di dalam community dgn berkongsi ilmu yg kita ada dgn org lain samada kenal/tidak

2. Kita telah position diri kita di dalam society. Ini DAO panggil teknik Positioning. Secara x langsung org akan kenal kita dgn ilmu yang kita sampaikan.

3. Anda boleh generate passive income dgn jumlah traffik (pelawat) yg singgah di blog anda. Bila kita jd top blog, lebih ramai org akan view blog kita bilamana sesuatu info tersebut dicari. Kita boleh register dgn nuffnang atau google adsense utk dptkan income iklan di blog kita.




Sharing from : Wanda Safwan

Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey