Thursday, 9 January 2014

Ulamak Penghuni Neraka

Saya tertarik dgn cerita Ustazah Hafizah Musa di ikim.fm..

DiceritaKan ade seorang ulamak di negara Arab.. beliau merupakan ulamak yang terkenal dengan akhlak yang mulia, hubungan yang baik sesama manusia & sangat taat beribadah..

Pada suatu hari ada saudagar meminta beliau menyimpan hartanya kerana dia perlu ke tempat yang jauh dalam masa yang lama untuk berniaga.. ulamak tersebut bersetuju untuk menyimpankn hartanya..

Setelah selesai urusan saudagar berkenaan dia pun pulang & terus mencari ulamak itu untuk mengambil hartanya.. tapi dia dimaklumkan oleh penduduk disitu yang ulamak tersebut telah meninggal dunia.. saudagar itu kemudian merujuk kepada orang alim di tempat itu & bertanya bagaimana dia boleh mendapatkan hartanya kembali..

Orang alim tersebut menyarankn untuk pergi ke telaga zam-zam pada waktu malam & melakukan solat hajat & berdoa agar dapat bertemu dengan ulamak yang telah meninggal dunia itu.. Pada waktu malam saudagar itu melakukan seperti yang diarahkan.. namun sehingga ke pagi ulamak itu tetap tidak muncul..


Saudagar itu kembali bertemu dengan orang alim tadi.. terkejutlah orang alim itu mendengar perkhabaran tersebut. Katanya jika ulamak tersebut ahli syurga sepatutnya beliau akan muncul di telaga zam-zam tersebut.. kemudian dia mencadangkan untuk pergi pula ke 1 kawasan di mana di situ ditempatkan ahli neraka...


Saudagar itu menurut kata orang alim tersebut.. sekali lagi dia melakukan solat hajat & berdoa agar dapat bertemu dengan ulamak tersebut.. tidak lama kemudian ulamak itu muncul.. lantas saudagar itu bertanya dimana beliau menyimpan hartanya.. ulamak tersebut memberitahu dia menyimpan harta2 saudagar itu di bawah rumahnya.. kemudian saudagar itu bertanya...
"Wahai saudara.. kenapa engkau berada di sini sedangkan engkau org yg terkenal dgn akhlak yg mulia, baik hubungan dgn manusia & sgt rajin beribadah?"
Ulamak itu menjawab;
"Benarlah katamu.. namun aku telah mengabaikan kebajikan & tidak menjaga hubungan dengan saudara perempuanku.. lalu Allah mencampakkn aku ke sini..."


===================================================




Allahu Rabbi...
Benarlah wanita akan menarik 4 orang lelaki bersamanya ke neraka iaitu suaminya, anak lelakinya, abangnya & adik lelakinya..

Wahai kaum Adam..
Tanggungjawabmu besar..
Kau telah diamanahkan sbg pemimpin kpd kaum Hawa..
Jagalah wanita2 disisimu..
Ibumu.. isterimu.. anak perempuanmu serta saudara perempuanmu..
Jika mereka membuka aurat maka tegurlah dgn penuh hikmah..
Jika mereka membuat salah & silap tegurlah jg dgn hikmah..

Wanita ibarat kayu yg bengkok..
Jika terlalu kuat melenturnya kayu itu akan patah..
Namun jika dibiarkan ia akan tetap bengkok..
Jagalah mereka sebaiknya krn itu amanah yg Allah telah perintahkan padamu..
Jom sama2 saling melengkapi krn kita semua mahu ke syurgaNYA.. 


Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey

No comments:

Post a Comment