Setiap kali saya buat seminar, saya tidak pernah rasa saya nak mengajar, tapi sebaliknya niat saya hanyalah nak berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada yg saya telah apply kan dalam biz saya & pengalaman saya membina biz ini dari ZERO sehinggalah mencapai tahap sekarang.
Malah dari seminar2 saya sebelum ini, sayalah yg banyak belajar dari peserta.. ada seorg peserta yg luar biasa kekuatannya membuat saya tersedar dari 1 perkara yg kita nampak remeh tapi sebenarnya ianya memberi kesan yg sangat besar kpd golongan ini.
Di mana sebelum ini kita sering menggelar/ melabelkan ibu2 yg tiada suami (samada cerai hidup/mati) sebagai ibu tunggal, betul betul?
Menyebutnya saja membuatkan kita berpandangan tidak BEST, negatif dan sebagainya, betul betul?
Peserta saya ini memberitahu saya dia tidak pernah rasa dia adalah ibu tunggal ttp dia adalah IBU BAHAGIA. Kerana itu dia tidak merasakan yg ujian yg menimpa dirinya itu sebagai 1 alasan untuknya rebah ke bumi & bermain biola lama2. Kerana dia meletakkan dirinya ke 1 tahap yg ISTIMEWA. Malah dia rasa sangat BAHAGIA & lebih TENANG dengan kehidupannya sekarang.
Jika kita nak orang hormat diri kita, kitalah yang perlu hormat diri kita terlebih dahulu. Jika kita nak orang hargai diri kita, kitalah yg perlu HARGAI DIRI SENDIRI dahulu barulah org sekeliling akan menghargai diri kita. Jika kita nak org lain positif dgn kita, kitalah yang perlu sentiasa BERFIKIRAN POSITIF barulah kita dapat menarik org2 yg POSITIF dlm hidup kita, betul betul? Kerana kita adalah MAGNET. Apa yg kita tarik itulah yg akan mendekati kita. Betul betul?
Sekarang, apakah NILAI yg anda nak letakkan pada diri anda?
YOU ARE WHAT YOU BELIEVE!
Kerana Allah itu bersama sangkaan hamba2NYA.
Tarian Pena,
KHADIJAH SHUKRI
TRILLION HEARTS
No comments:
Post a Comment