Wednesday, 22 November 2023

Akhir Zaman

Tiada seorang Nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang bahayanya fitnah Dajjal.

Sehingga Rasulullah SAW berkata kepada para sahabat; "Jika kamu tahu apa yang aku tahu, kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa."

Akhir Zaman ini fitnahnya sangat dasyat sehingga manusia tidak mampu lagi nak membezakan antara yang HAQ dan Bathil. Orang yang nak menyelamatkan kita itu pula yg dibenci, dipulaukan, dikecam dan dituduh macam2.. Sedangkan org yang nk membun*h kita pula kita sanjung, puji melangit dan angkat jadi pemimpin.

Sejak aku dapat connecting the dots, aku jadi tiada lagi keinginan nak mengejar impianku yang dulu ku bina setinggi gunung itu. Aku hanya fikir nak siapkan diri mati sebelum keluarnya Dajjal sebab tak sanggup rasanya melalui zaman itu.


Kerana matlamat Dajjal satu saja di dunia ini iaitu nak mensyirikkan seramai mungkin umat Nabi Muhammad SAW.


Kerana dia tahu kunci nak masuk Syurga adalah Tidak Mensyirikkan Allah SWT.


Tapi ramai yang gagal bab ni. Dari mata kasar kita rasa kita tidak mensyirikkan Allah. Tapi ramai antara kita yang tanpa sedar sebenarnya telah pun mensyirikkan Allah. Nauzubillah.. 😔


Sebab itu aku takut. Syirik ni tipu dayanya sangat halus. Kuatkanlah IMAN dan Tauhid dalam diri kita.


Dalam feri nak ke Paris




Gambar-gambar di bawah adalah bangunan-bangunan dan jalan di sekitar Kota London











Hasbunallahu Wani'mal Wakeel.

La Hawlawala Quwwata Illa Billah..


Semoga kita semua sentiasa dalam petunjuk dan hidayah Allah SWT, Aamiin Aamiin Ya Mujibassaailiin 🤲🏻


Pendosa yang merindui Syurga,

Ijaa Shukri

22.11.23, Rabu, 9.09pm

Tuesday, 21 November 2023

THE REAL TOMYAM

 


Sementara tengah rajiiinnn & ade mase free nie kan, baiklah saya post menu saya utk hari ini, The Real Tomyam! Mgkin pembaca semua tertanya2 knp saya beri nama mcm tue??? =D Klau korg nk tau kn, saya dh byk kali masak tomyam tp x pernah betul2 puas hati dgn rasa tomyam tue..org ckp Tak Mengancam! =P Saya selalu guna pes tomyam adabi tp bg saya laa kan, kureenggg sedaappp klau guna pes nie..then saya try buat sendiri pes tue guna udang kering,belacan,asam jawa sume..tp still x masukk dgn selera tekak saya..saya duk fikir2 ape yg x kena nie..ape yg kureeenngggg nie..


Hari nie saya nk masak lg tomyam coz hubby ade sebut suh masak tomyam, then saya try search tenet kot2 terjumpa resepi yg betul2 sedaaappp & kena dgn anak tekak saya..search punye search saya jumpa laa resepi dr Rimbunan3887  nie..thanks a lot pd cik rimbun  coz sudi berkongsi resepi tomyamnya.. =D menunya simple jee cuma cara penyediaan bahan tue agak remeh..tp saya tambah cili padi sbb saya suka pedas & rasanya lebih "kaaawww".mula2 ragu2 jg betul ke sedaaappp nie??? tp tgk dia confident ckp sedaaapppp saya pn beranilah nk cuba..kebetulan semua bahan ada kecuali lengkuas & daun saderi jee..tp saya tawakal jee..so, saya pun cubalaah masak tomyam resepi cik rimbunan nie..masak tue agak lama sbb itulah rahsia utk dptkan masakan yg sedaaappp! Masak nie kena byk sabaarrr..sebenarnya lg lama kita masak,lg sedaappp sesuatu masakan tue..bila dh selesai tue saya rasalah...fuuuhhhh, MEMANG SEDAAAPPPPP! HABIIISSS 1 PERIUK! Adik pn mkn bertambah2! nie laa first time sepanjang saya masak tomyam saya betul2 puas hati dgn rasanya! =D Itupun saya x letak lengkuas & daun saderi sbb x de..klau letak, mau lg terangkattt kot rasanya! weee~ So, apelagi, jom kita try resepi cim rimbun nie. senaaanggg jee! =)

Bahan2nya ialah :

1. Sedikit minyak utk menumis
2. 7 biji Bawang Putih (diketuk-ketuk)
3. 7 biji Bawang Merah ( tumbuk/blend)
4. 5 biji Lada Besar Merah* (blend dgn tomato)
5. 3 biji Tomato*
6. Air rebus ayam/daging
7. 5 batang Serai
8. 1 inci lengkuas (diketuk)
9.   11-15 helai Daun Limau Purut (diketuk2/ditumbuk)
10. Daging/ayam/udang/sotong
11. Daun Saderi
12. 3-5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
13. 9-11 biji Cili Padi (diketuk)
14. Sayur ( carrot/kobis bunga/jagung)
15. Garam secukupnya

Cara Masak :

1. Masukkan minyak. Tumis Bawang Putih. Then masukkan bawang merah.Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan lada & tomato yg telah di blend sekali td. Tumis sampai lada betul2 masak, lebih kurang dlm 10-15 minit.. Lg lama lg sedaaappp. =)
3. Setelah lada masak, masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit.
4. Masukkan serai, lengkuas & daun limau purut. Kacau. Masak dlm 5 minit.
5. Masukkan daging/ayam/sotong/udang. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih.
6. Masukkan sayur, daun saderi, perahan air limau kasturi & cili padi. Kacau sebati.
7. Masukkan garam secukupnya. Kacau sebati. Masak sehingga sayur lembut terutamanya carrot.
9. Siap! Bolehlah dihidang & makan panas2! nyum-nyum! =D

Haa, nie laa dia tomyam yg sedaaappp tue..yum-yum.. ^^


Selamat Mencuba! =D


p/s : say no to MSG, AJINOMOTO & all flavouring..Love & protect ur family..jika cukup rencahnya & betul masaknya, insyaAllah masakan dh cukup sedap tanpa bahan perisa.  =)

Mangkuk Yang Pecah

Di Jepun, bila ade mangkuk pecah, mereka mencantumkannya kembali dengan emas menjadikan mangkuk itu nampak cantek dan mahal.


Ibrahnya, bila hidupmu penuh dengan luka dan duka, sebenarnya parut yang ditinggalkan itulah menjadikan hidupmu lebih cantik kerana parut luka itu telah membuatkan dirimu lebih kuat dan menjadikan siapa dirimu pada hari ini.

Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihat dan menilai setiap perkara yg terjadi itu samada dari sudut negatif atau positif.

Sometimes it takes being broken in order to become a new version of yourself.

Keep fighting and love yourself first 💕