Tiada seorang Nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang bahayanya fitnah Dajjal.
Sehingga Rasulullah SAW berkata kepada para sahabat; "Jika kamu tahu apa yang aku tahu, kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa."
Akhir Zaman ini fitnahnya sangat dasyat sehingga manusia tidak mampu lagi nak membezakan antara yang HAQ dan Bathil. Orang yang nak menyelamatkan kita itu pula yg dibenci, dipulaukan, dikecam dan dituduh macam2.. Sedangkan org yang nk membun*h kita pula kita sanjung, puji melangit dan angkat jadi pemimpin.
Sejak aku dapat connecting the dots, aku jadi tiada lagi keinginan nak mengejar impianku yang dulu ku bina setinggi gunung itu. Aku hanya fikir nak siapkan diri mati sebelum keluarnya Dajjal sebab tak sanggup rasanya melalui zaman itu.
Kerana matlamat Dajjal satu saja di dunia ini iaitu nak mensyirikkan seramai mungkin umat Nabi Muhammad SAW.
Kerana dia tahu kunci nak masuk Syurga adalah Tidak Mensyirikkan Allah SWT.
Tapi ramai yang gagal bab ni. Dari mata kasar kita rasa kita tidak mensyirikkan Allah. Tapi ramai antara kita yang tanpa sedar sebenarnya telah pun mensyirikkan Allah. Nauzubillah.. 😔
Sebab itu aku takut. Syirik ni tipu dayanya sangat halus. Kuatkanlah IMAN dan Tauhid dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment