Keluar rumah cuaca agak sejuk. Tak pasti berapa suhu tapi bila aku bernafas atau bercakap tu keluar asap dari mulutku. Best morning walk time ni sebab badan rase segar dan suasana masih sunyi. Tak ramai yang sanggup bangun awal pagi.
Udara sangat fresh. Hari masih gelap masa tu. Aku melalui jalan ke arah stesen minyak Texaco. Di bahagian kiriku ade pokok-pokok yang tiada daun. Kedengaran bunyi burung berkicau riang. Ma Shaa Allah aku suka sangat suasana begitu. Melihat alam sambil memuji Yang Maha Pencipta.
Sekarang cuaca dah tak berapa sejuk sebab dah nak masuk musim bunga. Tak merasa aku main salji tahun ni sebab kali ni salji hanya keluar berapa hari saja. Itupun tak heavy. Moga lain kali ade rezeki aku nak main salji dan main ski. Aamiin. 😊
![]() |
Lama aku merenung ke arah bangunan ini kerana aku mengkagumi seni binaannya. |
![]() |
Basikal sewa. Dah lama target nak sewa basikal ni tapi belum berkesempatan lagi. |
Catatan seorang pengembara.
Khadijah Shukri
Khamis, 7 Mac 2019, 11.11 pagi
London, United Kingdom
No comments:
Post a Comment