Assalamu'alaikum warahmatullah bakal-bakal penghuni Syurga Allah.
Mungkin ada yang biasa dengar tajuk ni. Mungkin ada yang tak pernah tau pun perkara seperti ini sudah banyak dilakukan orang, iya kan?
Jujurnya saya sendiri tak pernah terfikir ada yang menikah melalui video call jee sehinggalah aritu kawan saya cerita yang majikannya pernah menikah hanya melalui video call kerana masa tu dia tengah sambung pHd di Sheffield, United Kingdom sedangkan bakal suaminya di Malaysia. Ma Shaa Allah.
Saya pun carilah perbagai sumber akan hukum menikah melalui video call nii sebab tak tahu pun benda ni wujud. Dalam pencarian tu baru saya tau rupanya Rasulullah SAW juga pernah menikah dengan Ummu Habibah Binti Abi Sufyan menggunakan wakil iaitu sepupunya, Jaafar Bin Abi Talib kerana ketika itu Rasulullah SAW berada di Madinah sedangkan Habibah berada di Habasyah.
Klik link di bawah :
Klik link di bawah :
Ma Shaa Allah.. Serius saya sangat terkejut saat mengetahuinya.. Sungguh Islam itu sangat mudah sebenarnya. Punyalah Islam itu nak bagi mudah untuk menghalalkan sesuatu hubungan itu dan mengelakkan dari melakukan maksiat. Allah tidak akan sesekali menyusahkan hambaNya kan.
Lately saya suka dengar ceramah Ustaz Hanan Attaki. Rupanya beliau juga menikah dengan isterinya melalui video call kerana masa tu dia menunaikan haji sedangkan bakal isterinya di Mesir. Kebetulan ayah bakal isterinya (masa itu) juga sedang menunaikan haji jadi ustaz itu akad nikah di Masjidil Haram. Ma Shaa Allah.
Boleh klik link YouTube di bawah ini :
Syariat Islam Paling Ringan Adalah Menikah
Dia cakap suami nii pandang saja muka isteri dah dapat pahala. Tak perlu susah-susah solat sunat 2 rakaat lagi sebab pahala pandang muka isteri saja dah sama dengan pahala solat sunat katanya. 😅
Wallahu A'lam...
Catatan seorang pengembara.
Khadijah Shukri
21 Mac 2019, 14 Rejab 1440H
Khamis, 5.55 am
London, United Kingdom
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain."
Lately saya suka dengar ceramah Ustaz Hanan Attaki. Rupanya beliau juga menikah dengan isterinya melalui video call kerana masa tu dia menunaikan haji sedangkan bakal isterinya di Mesir. Kebetulan ayah bakal isterinya (masa itu) juga sedang menunaikan haji jadi ustaz itu akad nikah di Masjidil Haram. Ma Shaa Allah.
Boleh klik link YouTube di bawah ini :
Syariat Islam Paling Ringan Adalah Menikah
Dia cakap suami nii pandang saja muka isteri dah dapat pahala. Tak perlu susah-susah solat sunat 2 rakaat lagi sebab pahala pandang muka isteri saja dah sama dengan pahala solat sunat katanya. 😅
Bila berkahwin apa saja yang kita buat akan dikira ibadah walaupun hanya berkata yang baik sehingga buat pasangan merasa senang dan gembira saja sudah dapat pahala. Mudahkan nak dapat pahala? Sebab itu Rasulullah SAW menyebut yang menikah itu telah menyempurnakan sebahagian dari agama. Ma Shaa Allah..
Wallahu A'lam...
Catatan seorang pengembara.
Khadijah Shukri
21 Mac 2019, 14 Rejab 1440H
Khamis, 5.55 am
London, United Kingdom