Wednesday, 29 May 2019

Daging Masak Hitam Yang Sangat Sedap!

Assalamualaikum warahmatullah bakal-bakal penghuni Syurga. =D

Salam 24 Ramadhan 1440H. Kami di London baru jee buka puasa pukul 9.07 malam tadi. Sedangkan uolls kat Malaysia baru jee lepas sahur kan? Untunglaa duk Malaysia, waktu Malaysia adalah yang terbaik, tak terlalu pendek dan tidak pula terlalu panjang. Maka bersyukurlah selalu jadi rakyat Malaysia ye. Alhamdulillah. =)

Kami di London puasa lebih 18-19 jam sehari. Sekarang barulah saya faham perasaan kawan-kawan yang pernah tinggal di London sebelum nii. Tapi saya bersyukur kerana dapat merasai pengalaman manis nii. ^_^

Oklaa panjang plak membebel kan.. Arini sebenarnya nak share cite semalam. Saya memang takde idea nak masak ape.. Tengok dalam peti ais ada ayam dan lamb. Dah bosan makan ayam saya pun keluarkan lamb walaupun tak tau lagi nak masak ape. Ni laa dilema orang pompuan setiap hari kan.. Fenin fikir nak masak ape.. Haha...

So saya pun tanya laa macik gogel resepi untuk lamb. Sekali terjumpa resepi Daging Masak Hitam (DMH) kat satu blog ni. Dia bagi 2 jenis resepi DMH ni, satu yg biasa, satu yg selalu org masak time kenduri tu. Saya tengok bahan untuk both resepi ni. Saya rasa macam resepi untuk kenduri tu lagi sedap so saya decide nak try masak resepi tu. Tapi cabarannya bahan yg dia bagi memang untuk masak banyak punya. Jadi kat sini kena guna skill mengangak sendiri sukatan bahan untuk masak ikut kuantiti daging kita.

Alhamdulillah tak sia-sia decision saya untuk pilih resepi nii bila semua orang yg makan cakap sedap dan makan bertambah banyak kali. And surprisingly nasi yg saya terdetik nak masak lebih tu bleh habis licin! Ingatkan bleh laa simpan untuk dorang makan sahur, sekali tak cukup rupanya. 😂

Ok ni saya nak share resepi buat rujukan sendiri jee sebenarnya. Akan datang boleh laa saya masakkan untuk bakal suami Syurga kan... 😚 Tak sabar nak jumpa dengan dia. Nak masakkan makanan sedap-sedap  dan sihat untuk dia.

Perkahwinan terdahulu mak ayah mertua dan adik-adik ipar suka sangat saya masak.  Banyak kali dorang suruh saya bukak kedai or buat bisnes makanan sebab katanya masakan saya lebih sedap dari makan kat kedai. 😂

Betullah orang cakap masakan kita boleh menguatkan kasih sayang. Mak mertua paling sedih bila kami bercerai sebab kami dah macam kawan baik. Mak mertua selalu akan belikan untuk saya sekali pakaian or ape saja bila shopping, tak pernah dia lupa. Dia suka belikan makanan kegemaran saya. Dia memang mak mertua yang baik.

Tapi nak buat macam mana kan.. Jodoh kami terhenti setakat itu saja.. Takdir Allah tiada siapa dapat melawannya. Namun saya bersyukur kami berpisah dengan cara baik. Sejak berpisah kami dah tak contact. Saya tak nak simpan dendam, amarah dan segala perasaan negatif. Saya hanya nak kenang kebaikan dia saja dan saya pilih untuk maafkan dia.

Saya berkahwin dengannya dulu kerana Allah. Dan saya mintak untuk berpisah juga kerana Allah. Allah lebih tahu kan.. Saya redha dengan setiap ujian dariNya. Moga Allah gantikan apa yang saya hilang dengan yang jauh lebih baik, aamiin Ya Mujib.

Alhamdulillah Allah izin air tangan saya mudah melembutkan hati orang. 😇

Masa mengajar dulu saya suka masakkan untuk para pelajar saya. Qodarullah pelajar yang paling nakal pun mudah sangat dengar cakap saya. Malah dia sangat sopan bila bercakap dengan saya walaupun cikgu lain label budak tu kurang ajar kerana cakap kasar dengan mereka.

Anak-anak yang dikatakan nakal inilah akhirnya banyak sangat berubah. Dari result periksa awal tahunnya gagal sebab tak suka langsung subjek yg saya ajar sampailah mereka boleh dapat A dalam periksa akhir tahun/SPM. Dan GPA subjek Sejarah tahun saya mengajar telah pecah rekod sekolah di mana setakat ini takde lagi batch lain boleh pecah rekod tu.

Tiada niat nak bangga diri cuma apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah para pelajar itu BERSAMA SANGKAAN GURUNYA. Saya lebih suka mendekati pelajar yang bermasalah. Saya suka menyelami perasaan mereka then cari solusi bagaimana nak mengubahnya instead of menghakimi mereka.

Sampai sekarang saya sentiasa doakan buat anak-anak Syurga saya. Saya sayang sangat dorang semua kerana Allah.

Ehh meleret plak celotehnya kan.. 😅
Ya ampunn.. Maafkan patiikk..
ok ok kat bawah ni resepinya ekk :



Gambar dan resepi kredit to : 
https://daridapur.com/resepi-daging-masak-hitam/



RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan tumis :

1. Minyak masak
2. 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga )
3. 3 biji Bawang holland/bawang besar (hiris halus)
4. 7 biji bawang putih (cincang)
5. 3 inci halia (mayang halus)
6. 5 tangkai daun kari

Bahan lain :

7. 5 biji bawang besar wane ungu (blend kasar dan tapis airnya. Air tu boleh guna utk blend cili kering)
8. 11-15 batang cili kering (ikut tahap kepedasan korang laa ekk. Rebus then blend dgn air bawang td)
9. 3 sudu besar rempah kari daging
10. 1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk
11. 50g gula melaka/gula kerek

12. 1 kg lamb dipotong sederhana besar, tidak terlalu halus or kecil takut nanti daging hancur. Kalau daging kotak kena rebus dulu takut daging liat. Boleh rebus dengan biji kurma or akar pandan kalau nak bg daging cepat lembut. (cuci bersih. Saya cuci dengan tepung gandum)

13. Kicap manis (saya guna kicap kipas udang)
14. 1/2 cawan air


Cara-cara masak :

1. Mulakan dengan bismillah, selawat dan doa supaya Allah sedapkan masakan kita. Saya suka sedekahkan Al-Fatihah untuk semua orang yg makan masakan saya sambil doa supaya jadikan kami hamba yg diredhai dan bermanfaat kepada agama dan ummah. Bagi saya kuasa air tangan sangat power. Masakan kita sangat mempengaruhi orang yg akan memakannya nanti. Sebab tu juga pentingnya berdoa dan cakap hanya benda-benda positif depan makanan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang layu dan naik bau.
3. Masukkan bawang ungu blend dan masak dalam 5-10 minit sambil kacau.
4. Then masukkan cili kering kisar dan masak lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.
5. Masukkan rempah kari, lada hitam dan gula melaka dan masak sehingga pecah minyak.
6. Next masukkan daging. Masak sehingga daging berubah warna.
7. Then masukkan kicap manis dan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pekat. Siap.

Nota : Saya tak letak garam or perasa tambahan sebab rasanya dan cukup sedap. Terpulang pada selera masing-masing. Tapi kalau nak sihat better tak letak garam dh kan. Hehe... Ok selamat mencuba! 😊



Masak dari hati, masak with Iman.

Catatan seorang pengembara,

Selasa, 28 Mei 2019, 11.11pm
23 Ramadhan 1440H
London, United Kingdom

Thursday, 16 May 2019

"AYAT CIKGU TAK PERNAH TAK SENTAP"

"Cikgu Khadijah, bila cikgu nak masuk kelas kami? Dah lama cikgu tak masuk kelas kamii!" jerit anak syurga dari dalam kelas bila lihat aku melintasi kelas mereka.

Allahu. Sungguh aku sebak. Selalu pelajar bukan lagi hepi ke cikgu tak masuk kelas? Lagi-lagi pelajar lelaki memang beraya sakan kalau cikgu tak masuk kelas. Ni siap depa yang mintak aku buat kelas tambahan walaupun aku yakin yang aku boleh abiskan silibus on-time. 😅

Ikutkan sebenarnya aku malas nak buat kelas tambahan sebab banyak kerja lain lagi bertimbun. Dengan nak tanda kertas dan buku lagi. Dengan nak key in results dan sebagainya. Sememangnya kerja sebagai guru tak pernah habis. Sampai aku beberapa kali juga terpaksa tidur di bilik guru tak balik rumah sebab nak siapkan kerja ontime. Kenangan betulll. 😅

Tapi bila anak syurga sendiri yang mintak nak buat kelas, lemah kepala lututku nak menolak permintaan mereka. Yang aku heran bin ajaib depa nii terbalik dari normal. Normalnya pelajar paling tak suka subjek Sejarah terutama pelajar lelaki. Ini dibuktikan bila guru pakar Sejarah bagitau hampir 60% pelajar tidak menjawab kesemua soalan bagi kertas Sejarah dalam SPM!

Apesal time aku mengajar, dorang siap mintak aku buat kelas tambahan?  😅

Tapi aku  fikir positipp jee laa. Aku anggap jee dorang rinduu nak dengar aku membebel bagi motivasi. 😂

Aku sedar yang aku memang guru yang kurang berpengalaman dalam mengajar. Tapi mungkin aku selalu meletakkan sepenuh jiwaku bila masuk ke kelas mereka, Allah izin mereka mudah sangat menerima apa saja yang aku sampaikan. Mudah dengar cakap dan terima nasihat yang aku sampaikan. Baik sangat. Mujur aku tak sampaikan ajaran sesat jee.. 😅

Anak remaja ni kalau tak kena cara didik mereka akan jadi memberontak. Subjek kita pun akan diboikotnya sebab tak suka cikgu yang mengajar. Saya berani cakap sebab saya dulu pun pernah macam tu. Dan saya yakin ramai dari kita masa zaman remaja dulu pun macam ni jugak kan?  🤭😅

Cara terbaik untuk didik anak remaja yang bagi kita mungkin sangat mencabar adalah kau perlu jadi kawan baik mereka. Cuba letakkan diri kita ditempat mereka. Dengar setiap suara dan luahan hati mereka TANPA  SESEKALI MENGHAKIMI.

Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna dan tidak buat salah. Dan tiada manusia yang tidak diberi ruang untuk bertaubat dan berubah.

Jadilah pendengar yang baik barulah mereka akan mudah mendengar nasihatmu.

Bila mengajar janganlah terlalu serius. Confirm budak akan tidur atau mati kebosanan. Sambil mengajar tu selitkan cerita yang boleh beri pengajaran dan motivasi kepada mereka. Kadang aku tak sedar air mata bergenang bila bercakap dihadapan mereka punya rasa sebakk sebab mereka semua anak-anak yang baik, soleh solehah dan luar biasa hebat.

Sampaikanlah dari hati nescaya akan sampai ke hati mereka juga.

"Cikgu dulu masa belajar amik bidang psikologi ke? " tanya salah seorang anak syurga.

Terkejut aku mendengar pertanyaan itu.

"Kenapa kamu tanya soalan tu? "

"Takdelah.. Apa yang cikgu cakap semua buat kami tersentap."

Allahu Akhbar. Ketahuilah anak-anak Syurga bahawa Allah lah yang memegang hati cikgu dan hati kalian. Jika kalian terkesan dengan kata-kata cikgu dan menjadi asbab hidayah, sungguh itu semua datang dari Allah. Cikgu hanyalah perantara saja.

Sunggu cikgu sangat bertuah mengenali kalian. Hingga saat ini cikgu dapat rasakan doa kalian yang tidak putus buat cikgu. Saat cikgu down, kalianlah penguat semangat cikgu. Masuk ke kelas kalian adalah ubat terbaik buat cikgu saat tertekan.

Jika kalian rindukan cikgu, cikgu seribu kali rinduu untuk bersama kalian. Doakan semoga Allah satukan kita semua di SyurgaNYA kelak ya.

Sungguh cikgu menyayangi kalian kerana Allah.


Banyak kelas yg saya mengajar, dengan batch ni laa saya rasa paling dekat dihati. Mereka mudah dengar nasihat dan teguran dari saya.
Lepas abis SPM mostly mesej saya ucap terima kasih. Allahu. Saya sebakk dan terharuu kerana ingatan mereka kepada saya.
Sungguh saya rindu kenangan bersama mereka
5L 2017, 2nd Batch Masdar


Guru kelas 4 Khaulah.


Kelas ni selalu buat saya terhibur dengan keletah mereka. Ada yang manja dan suka curi perhatian saya.
4L 2017
















Sekadar coretan sebagai kenangan sebagai pendidik.


Salam sayang dari Cikgu Ciken Chop.

Cikgu Ija.
Khamis, 16 Mei 2019, 2.22pm
London, United Kingdom

Friday, 5 April 2019

I Want to Enter Jannah With You

I hope that you are the one for me and I'm the one for you til Jannah.

I'm not sure if you read this or not. But I'm believe in Allah's plans.. 

Jika kita sememangnya ditakdirkan bersama, aku doa agar Allah satukan kita dengan ikatan yang halal dan diredhaiNya pada masa terbaik mengikut kehendakNya.








Catatan seorang pengembara. 

Khadijah Shukri
Khamis, 040419, 8.58 pm
London, United Kingdom 

Thursday, 21 March 2019

HUKUM MENIKAH MELALUI VIDEO CALL

Assalamu'alaikum warahmatullah bakal-bakal penghuni Syurga Allah. 

Mungkin ada yang biasa dengar tajuk ni. Mungkin ada yang tak pernah tau pun perkara seperti ini sudah banyak dilakukan orang, iya kan? 

Jujurnya saya sendiri tak pernah terfikir ada yang menikah melalui video call jee sehinggalah aritu kawan saya cerita yang majikannya pernah menikah hanya melalui video call kerana masa tu dia tengah sambung pHd di Sheffield, United Kingdom  sedangkan bakal suaminya di Malaysia. Ma Shaa Allah.

Saya pun carilah perbagai sumber akan hukum menikah melalui video call nii sebab tak tahu pun benda ni wujud. Dalam pencarian tu baru saya tau rupanya Rasulullah SAW juga pernah menikah dengan Ummu Habibah Binti Abi Sufyan menggunakan wakil iaitu sepupunya, Jaafar Bin Abi Talib kerana ketika itu Rasulullah SAW berada di Madinah sedangkan Habibah berada di Habasyah.

Klik link di bawah :


Ma Shaa Allah.. Serius saya sangat terkejut saat mengetahuinya.. Sungguh Islam itu sangat mudah sebenarnya. Punyalah Islam itu nak bagi mudah untuk menghalalkan sesuatu hubungan itu dan mengelakkan dari melakukan maksiat. Allah tidak akan sesekali menyusahkan hambaNya kan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain."




Lately saya suka dengar ceramah Ustaz Hanan Attaki. Rupanya beliau juga menikah dengan isterinya melalui video call kerana masa tu dia menunaikan haji  sedangkan bakal isterinya di Mesir. Kebetulan ayah bakal isterinya (masa itu)  juga sedang menunaikan haji jadi ustaz itu akad nikah di Masjidil Haram. Ma Shaa Allah.

Boleh klik link YouTube di bawah ini :

Syariat Islam Paling Ringan Adalah Menikah


Dia cakap suami nii pandang saja muka isteri dah dapat pahala. Tak perlu susah-susah solat sunat 2 rakaat lagi sebab pahala pandang muka isteri saja dah sama dengan pahala solat sunat katanya. 😅




Bila berkahwin apa saja yang kita buat akan dikira ibadah walaupun hanya berkata yang baik sehingga buat pasangan merasa senang dan gembira saja sudah dapat pahala. Mudahkan nak dapat pahala? Sebab itu Rasulullah SAW menyebut yang menikah itu telah menyempurnakan sebahagian dari agama. Ma Shaa Allah..






Wallahu A'lam...

Catatan seorang pengembara.

Khadijah Shukri
21 Mac 2019, 14 Rejab 1440H
Khamis, 5.55 am
London, United Kingdom





Friday, 15 March 2019

Pray for Christ Church

Assalamualaikum warahmatullah bakal² penghuni Syurga Allah..

Hari ini rasa sangat suram bila pagi-pagi mendapat berita kejadian yang sangat tragis di bumi New Zealand. Allahu Akhbar... 😭

Apa yg terjadi di masjid Christ Church hari ini sangat menginsafkan... Air mata mengalir saat melihat video tembakan ke atas umat Islam yang berada di dalam Masjid itu. Aku mencemburui kematian mereka.. 😭😭😭 Semoga Allah mengurniakan mereka mati Syahid.



Perbagai rasa bercampur baur... Terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang Allah nak sampaikan buat kita.

Mungkin dengan peristiwa ini akan membuka mata lebih banyak pihak dan terjadinya fenomena orang berbondong-bondong memeluk Islam sama seperti peristiwa 11 September.

We never know. Because He is The Best Planner. Ape yang kita rasa buruk untuk kita itu mungkin baik bagiNya.

Sungguh kematian itu sangat dekat. Sesaat lagi tidak menjamin yang kita akan terus bernafas. Sedetik lebih belum tentu kita masih berpijak di bumiNya ini. Allahu Akhbar...



"Ya Allah...Ampuni dosa-dosa kami Ya Allah kerana sering lalai dan leka dari mengingatiMu.. Lindungilah kami dari fitnah Al-Masihu Dajjal, fitnah hidup dan mati, fitnah dunia yang menghancurkan dan merosakkan. Ambillah nyawa kami disaat Engkau paling redha dengan agama dan akhlak kami Ya Allah. Matikanlah kami dalam Khusnul Khotimah. Lindungilah kami dari azab kubur, luas dan lapangkan kubur kami serta terangi kubur kami dengan cahaya Al-QuranMu. Lindungi kami dari azab seksaan api neraka Ya Allah. Sungguh percikan api didunia ini pun kami tak mampu menahan kesakitannya, apatah lagi di akhirat kelak.. Kumpulkan kami di SyurgaMu bersama para Nabi dan para Rasul, Ya Allah.. Terimalah taubat kami. Aamiin Ya Robbal Aalamiin..."


Catatan seorang pengembara.

Khadijah Shukri
15 Mac 2019, 9 Rejab 1440H
Jumaat, 1.11 pm
London, United Kingdom 

Friday, 8 March 2019

My Morning Routine


Assalamualaikum Warahmatullah bakal-bakal penghuni Syurga Allah. 😊

Salam Jumaat 1 Rejab 1440H. Sekejap jee kan masa berlalu. Takutt sangat rase. Jangan lupa baca Al-Kahfi yee sahabat. 😊 Saya ingatkan untuk diri sendiri terutamanya.

Jom sama-sama kita baca doa ni. 😇


Alhamdulillah hari ni Allah izinkan saya untuk jogging dan morning walk lagi melihat alam, kesibukan warga kota mengejar masa dan muhasabah diri.

Saya suka sangat suasana pagii yang tenang, melihat langit berwarna oren, melihat asap berkepul-kepul keluar dari mulut bila bernafas dan bercakap dan melihat burung merpati mencari rezeki.

Setiap gambar menyampaikan cerita yang berbeza. 

View jam 6.25 pagi.




Suhu pagi ni 5°C. Memang sejuk sangatt. Cuma takde salji jee. 😂 Sambil jogging saya pasang affirmation supaya subconscious mind saya serap benda-benda positive dan beri energy positive ke dalam badan saya.


Saya suka tengok design bangunan dan rumah di sini. Setiap design pasti ade fungsinya yang tersendiri.

White City underground station.

Westfield Shopping Centre 


BBC. Television Center. 







"Terima kasiihh Ya Allah untuk hari ini. I'm blessed and thankful for everything You have given to me. Alhamdulillah."


Cantik kan gambar kat lori ni? Kreatif! 



Dah start berbunga. Spring is coming! 😍



Alhamdulillah for today. I'm blessed!  😇


Khadijah, I love you! And I really really  love you!!


Catatan seorang pengembara. 

Khadijah Shukri
8 Mac 2019 / 1 Rejab 1440H
Jumaat, 8.41 pagi. 
London, United Kingdom.

Thursday, 7 March 2019

Weekdays Morning Walk

Khamis, 6.06 pagi. Aku berjaya jogging /morning walk pada weekdays selepas solat subuh setelah sekian lama tak pegi morning walk. 😂 Hari ni Subuh masuk pukul 4.53 am.

Keluar rumah cuaca agak sejuk. Tak pasti berapa suhu tapi bila aku bernafas atau bercakap tu keluar asap dari mulutku. Best morning walk time ni sebab badan rase segar dan suasana masih sunyi. Tak ramai yang sanggup bangun awal pagi. 

Udara sangat fresh. Hari masih gelap masa tu. Aku melalui jalan ke arah stesen minyak Texaco. Di bahagian kiriku ade pokok-pokok yang tiada daun. Kedengaran bunyi burung berkicau riang. Ma Shaa Allah aku suka sangat suasana begitu. Melihat alam sambil memuji Yang Maha Pencipta.

Sekarang cuaca dah tak berapa sejuk sebab dah nak masuk musim bunga. Tak merasa aku main salji tahun ni sebab kali ni salji hanya keluar berapa hari saja. Itupun tak heavy. Moga lain kali ade rezeki aku nak main salji dan main ski. Aamiin. 😊


Lama aku merenung ke arah bangunan ini kerana aku mengkagumi seni binaannya.

Basikal sewa. Dah lama target nak sewa basikal ni tapi belum berkesempatan lagi.




Catatan seorang pengembara.

Khadijah Shukri
Khamis, 7 Mac 2019, 11.11 pagi
London, United Kingdom

Tuesday, 5 March 2019

Sebenarnya....

"Dear Allah, plezz give me strength and make me strong.

I had gone through a lot of things. I still believe that You will replace what You have taken away from me that I used to love and cherished so much before with something better."






Sometimes it takes your breakdown to create your breakthrough.

Sometimes our greatest blessing comes from our biggest disappointment.

Khadijah... 
I love you. And I really love you.
.
.
.
Nukilan rasa seorang pengembara.

Khadijah Shukri
11.11 pm, Isnin, 4/3/2019
London, United Kingdom

Saturday, 23 February 2019

Happiest 57th Birthday My Amazing Ummi!

Wanita ini melahirkan kami 10 beradik hanya dengan satu ovari.

Suatu masa dulu dia sudah redha seandainya dia memang tiada jodoh di dunia ini bila doktor menyatakan yang dia hanya ade 50-50 peluang saja untuk mengandung selepas satu ovarinya terpaksa dibuang.

Tapi kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Jangkaan doktor sama sekali meleset malah dia diberkahi dengan 10 orang zuriat termasuk diriku.

Wanita itulah Ummi ku yang tetap cantek dan hebat. Malah aku selalu mengkagumi kekuatan luarbiasanya dalam membesarkan kami 10 beradik.

She's always there for me through thick and thin, and even during my darkest days. She's always believe in me and never give up on me.
.

Happiest 57th Birthday my amazing, gorgeous and stong Ummi!

The best Du'a for you Ummi, may Allah bless you with all the good things and happiness comes into your life and grant you with His Jannah, aamiin Ya Robbal Aalamiin.













.





Love you till Jannah,
❤  Angah ❤
Sabtu, 23 Februari 2019, 6.06 am
London, United Kingdom

Sunday, 17 February 2019

Ilmu Menundukkan Pelajar

Orang selalu cakap air tangan isteri/ibu ni power. Boleh mengikat kasih sayang suami dan anak-anak. Anak-anak mudah dengar kata. 

Tapi pernah tak dengar air tangan guru boleh mengubah pelajar nakal menjadi baik dan pelajar malas menjadi rajin belajar? 

Ni teori yg saya cipta sendiri dan saya buat eksperimen kepada pelajar saya. 

Ada satu batch nii sangat istimewa. Pihak atasan sekolah dan beberapa guru selalu sebut batch nii tak berapa perform dalam pelajaran. Results mereka merudum berbanding batch pertama. 

Tapi saya selalu bersangka baik dengan mereka. Saya tetap meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada mereka. Saya tahu mereka semua sebenarnya insan luarbiasa.

Saya diberi tanggungjawab mengajar subjek yang tak disukai oleh kebanyakan pelajar iaitu BM dan Sejarah. Disebabkan 2 subjek ini wajib lulus jee dorang terpaksa belajar. 😂

Masa awal tahun saya lihat results mereka. Mostly D. Malah ada beberapa orang yang fail. Tapi saya tetap yakin mereka boleh berubah terutama pelajar lelaki yang terkenal dengan sifat 'liat' dalam belajar. Kerana saya sangatt yakin bahawa PELAJAR ITU BERSAMA SANGKAAN GURUNYA.

Saya suka memasak. Dan saya sangat percaya air tangan seseorang yang ikhlas memberi makan orang lain itu apalagi masakan tersebut disertai dengan doa dan zikir yang memuji memuja DIA itu sangat powerful dalam melembutkan hati seseorang kerana makanan inilah yang akan membentuk hati kita. Jadi saya suka masakkan makanan untuk para pelajar saya. Masa masak itulah saya manfaatkan sepenuhnya dengan guna 'ilmu penunduk' ini. Haha. Jangan kecam dulu. Sila baca sampai habis k. 😁

Apa yang saya buat ialah setiap kali saya masakkan untuk mereka saya baca doa dan zikir sebanyak mungkin agar Allah lembutkan hati mereka menjadi hamba yang soleh dan bermanfaat kepada agama dan ummah. 

Kadangkala bila saya bangun tahajjud saya buatkan solat hajat khusus untuk mereka. Setiap kali masuk kelas saya sebolehnya hanya cakap dan install kata-kata positive dan bagi motivasi kepada mereka.

Saya sangat yakin yang mereka akan berubah. Jujur saya cakap saya memang tak pandai mengajar sangat. Saya juga banyak kekurangan malah saya kurang pengalaman dalam mengajar. Tapi itu bukan alasan untuk saya membantu mereka. Jadi saya banyak guna pendekatan psikologi kerana saya ade sedikit kelebihan dalam ilmu psikologi ini. 

Sampai pelajar tanya saya, "Cikgu dulu masa belajar amik bidang psikologi ke?" 😅

Yang saya terkejutt mereka siap mintak saya buat kelas tambahan. Ape yang buat saya terharu ialah mereka semua sangat aktif dalam kelas tambahan tersebut dan memberi respon yang sangat positif.

Alhamdulillah ekperimen yang saya cuba laksanakan itu berjaya membuktikan teori saya. Dengan izin Allah prestasi pelajaran batch ini dalam SPM untuk subjek saya sangat banyak meningkat. Malah jauh lebih baik dari result SPM batch pertama yang mana batch pertama nii memang menjadi harapan sekolah berbanding batch mereka ini.

Ada seorang pelajar yang terkenal sebagai pelajar yang paling banyak aqal dan beberapa kali digantung sekolah kerana masalah disiplin (saya tak suka sebut nakal sebab tak nak kata-kata negatif tuu menjadi doa) dulu sangat tak minat belajar sedangkan dia pelajar yang cerdik. Dia memang selalu hilang atau masuk lambat mase kelas saya. Maklumlaa subjek yang mostly pelajar tak minatt. Tapi saya tak penah marah dia malah saya selalu bersembang dengan dia atau tegur dia bila terjumpa macam bercakap dengan kawan. 

Saya selalu cakap kat dia; "Ali, kamu ni sebenarnya cerdik. Cikgu yakin kamu boleh berjaya dan jadi seorang yang hebat suatu hari nanti."

Saya nak bagi dia motivasi supaya dia bersungguh belajar subjek saya lalu saya sengaja cakap di depan kelas; "Kalau Ali dapat A Sejarah dalam Trial SPM, cikgu akan belanja chicken chop 1 kelas."

Semua kawan-kawannya bersorak. Mana taknya mereka suka sangat chicken chop yang saya masak. 😂 

Saya yakin mereka selalu bantu dan beri semangat kepada Ali untuk rajin belajar sebab ukhuwah mereka sangatt hebat. 

Ape yang buat saya terharu bila mana suatu malam sebelum trial SPM kertas Sejarah, pelajar yang mostly cikgu tak suka dan cakap dia kurang ajar ini datang kepada saya dengan penuh sopan dan mukanya seolah sangat mengharap.

"Cikgu Khadijah. Cikgu doakan saya dapat jawab Sejarah esok dengan baik ye."

Saya senyum lebar kepadanya dan meyakinkannya; "Cikgu sentiasa doakan kamu Ali. Cikgu doakan kamu dapat A Sejarah!"

"Uiishh tinggi sangatt tu cikgu. Saya target B jee dulu. B cikgu."

Saya ketawa dan terus memberinya kata-kata semangat sebelum pulang ke rumah.

Dan keajaiban benar-benar berlaku. Siapa sangka pelajar yang suka ponteng dan hilang macam chipsmore mase kelas saya ini yang hanya dapat D Sejarah dalam Peperiksaan Awal Tahun benar-benar dapat A Sejarah dalam Percubaan SPM! Dan keputusan Percubaan SPM 2017 untuk subjek saya meningkat mendadak ketika itu kerana kelulusan 100% dan ramai pelajar yang dapat A/A-.

Ade beberapa cikgu tak puas hati dengan keputusan tersebut malah ade yang cakap saya tak pandai tanda kertas. Saya mudah beri markah kesian dan sebagainya. Ape yang mereka tidak tahu dulu sebenarnya ayah saya juga pernah menjadi penanda kertas Sejarah SPM untuk beberapa tahun. Jadi saya banyak belajar dari ayah. Malah saya usaha jumpa cikgu penanda kertas soalan SPM dari sekolah lain untuk tunjuk ajar saya cara menanda kertas dengan betul. Saya bukan menanda kertas sesuka hati tanpa ilmu. Saya yakin saya menanda kertas mereka dengan betul malah saya sangat strict dalam memberi markah sebenarnya.

Akhirnya fitnah guru-guru ini terbukti tidak benar bila mana keputusan SPM keluar dan amazingly subjek saya adalah yang paling banyak peningkatan berbanding SPM batch pertama. 100% pelajar lulus malah kebanyakan pelajar dapat A dan A- dalam subjek Sejarah.

Keputusan ini sangat mengejutkan pihak sekolah kerana CGPA untuk subjek Sejarah yang meningkat sangat banyak berbanding SPM tahun sebelumnya itu sangat membantu meningkatkan CGPA keseluruhan sekolah dalam SPM untuk tahun tersebut. Ma Shaa Allah.

Walaupun saya tak dapat bersama mereka meraikan berita gembira tersebut, namun saya amat terharu dan bersyukur atas keputusan yang sangat mengejutkan itu. Saya tak berhenti terima mesej dari para pelajar yang mengucapkan terima kasiih dan sebagainya. Saya bukan mengharapkan penghargaan dari sesiapa, cukuplah sekadar doa yang baik buat saya. 

Semua itu pun berkat kesungguhan anak-anak Syurga ini juga dalam belajar dan dengan izin Allah jua. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana keputusan ini sangat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri mereka. 

Tahniiaahh anak-anak Syurga. Ini hanyalah kejayaan kecil. Cikgu sangat yakin yang kalian akan menerima lebih banyak kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. 

Cikgu sentiasa doakan kalian semua agar menjadi insan yang hebat dan memberi manfaat kepada agama dan ummah. Cikgu sayang kalian kerana Allah. 

Doakan agar kita dapat berkumpul bersama-sama di Syurga kelak yee..


Perbandingan keputusan SPM 2017 dan 2016 serta perbezaan CGPA untuk setiap subjek bagi 2 tahun ini.

Pelajar lelaki calon SPM 2017 (batch kedua MASDAR)




Salam sayang dari cikgu ayat sentap. 

-Cikgu Ijaa-
Ahad, 17 Februari 2019
9.19 am. 
London, United Kingdom.