Friday, 8 June 2018

Hadiah Paling Bermakna dari Anak Syurga

"Terima kaseh cikgu. Tanpa cikgu saya takleh naik pentas oo. sebab cikgu lah saya naik pentas. Sejarah A-. Alhamdulillah."

"Kenapa sebab cikgu pulak? Semua dengan izin Allah jua. Ape pun cikgu bersyukur sangat & bangga dengan kamu."

"Ehh memang sebab izin Allah tapi cikgu juga membantu saya. alhmdulillah."

"Seingat cikgu kamu pelajar pertama yang bagi hadiah kat cikgu. Nama cikgu yang diukir dengan tulisan khat. Masa tu cikgu rase bertuahh sangat dpt hadiah dari kamu."

Tema burung yang sedang terbang. Macam tau-tau jee cikgu kamu nii suka fly & mengembara.

Anak ini dulu selalu kena marah dengan guru lain kerana masalah disiplin tapi akhirnya anak ini juga yang telah membanggakan sekolah dengan result SPMnya. Tahniah! Cikgu sentiasa doakan kejayaan kamu semua dunia akhirat.




Memori guru setahun jagung,
-Cikgu Ija-
23 Ramadhan 1439H

No comments:

Post a Comment