Kali pertama aku masuk ke kelas lidahku kelu dan jantungku bergedup laju. Tak pernah terlintas di fikiranku untuk mengajar walaupun mase zaman kanak-kanak ribena dulu ada jugak berangan nak jadi cikgu.
Cikgu Syamimi mengambil alih kelasku dan aku hanya memperkenalkan diri diakhir waktu kelas. Bergetar suaraku menahan gemuruhnya jiwa saat itu. Tak henti doa Nabi Musa aku lafazkan dalam hati.
Hari kedua aku sudah punya sedikit kekuatan. Aku mampu bercakap dengan lebih yakin. Aku cakap dari hati sehingga tanpa sengaja air mata laju menuruni lembah pipiku. Aku menatap satu persatu wajah anak-anak Syurga itu yang turut sebak melihat aku menangis barangkali.. Aku hanya mahu menyentuh hati mereka agar sentiasa mengingatiMU. Namun hati mereka sememangnya suci. Mereka hanya mendengar bicaraku tanpa sedikit pun mencelah kata-kataku.
.
Sehinggalah seorang pelajar bertanya kepadaku; "Cikgu, cikgu dulu amik psychology ke? Sebab kata-kata cikgu buat kami tersentap."
Wahai anak... Ketahuilah bahawasanya hati kamu dan hati cikgu adalah milik Allah. Cikgu hanya mampu berdoa padaNYA setiap apa yang cikgu sampaikan mampu menyentuh hati-hati kalian. Dan setiap yang berlaku hanyalah dengan izinNYA.
Aku merenung ke dalam anak mata mereka yang sarat dengan harapan. Pedulikan kata-kata nista orang sekeliling yang menyatakan kalian nakal namun dimataku, aku tetap yakin bahawa kalian akan menjadi insan luar biasa suatu hari nanti. Insan yang akan memberi manfaat kepada agama dan ummah. Itu DOA cikgu buat kalian wahai anak-anak Syurga yang cikgu sayangi kerana Allah.
"Aku mencintai kerjaku kerana Allah. Semoga ianya menjadi asbab untukku ke Syurga, aamiin.."
Uhibbu kum fillah;
-Cikgu Ija-
29 Ramadhan 1439H
#terobek #HariPertamaKuBergelarPendidik