Wednesday, 29 May 2019

Daging Masak Hitam Yang Sangat Sedap!

Assalamualaikum warahmatullah bakal-bakal penghuni Syurga. =D

Salam 24 Ramadhan 1440H. Kami di London baru jee buka puasa pukul 9.07 malam tadi. Sedangkan uolls kat Malaysia baru jee lepas sahur kan? Untunglaa duk Malaysia, waktu Malaysia adalah yang terbaik, tak terlalu pendek dan tidak pula terlalu panjang. Maka bersyukurlah selalu jadi rakyat Malaysia ye. Alhamdulillah. =)

Kami di London puasa lebih 18-19 jam sehari. Sekarang barulah saya faham perasaan kawan-kawan yang pernah tinggal di London sebelum nii. Tapi saya bersyukur kerana dapat merasai pengalaman manis nii. ^_^

Oklaa panjang plak membebel kan.. Arini sebenarnya nak share cite semalam. Saya memang takde idea nak masak ape.. Tengok dalam peti ais ada ayam dan lamb. Dah bosan makan ayam saya pun keluarkan lamb walaupun tak tau lagi nak masak ape. Ni laa dilema orang pompuan setiap hari kan.. Fenin fikir nak masak ape.. Haha...

So saya pun tanya laa macik gogel resepi untuk lamb. Sekali terjumpa resepi Daging Masak Hitam (DMH) kat satu blog ni. Dia bagi 2 jenis resepi DMH ni, satu yg biasa, satu yg selalu org masak time kenduri tu. Saya tengok bahan untuk both resepi ni. Saya rasa macam resepi untuk kenduri tu lagi sedap so saya decide nak try masak resepi tu. Tapi cabarannya bahan yg dia bagi memang untuk masak banyak punya. Jadi kat sini kena guna skill mengangak sendiri sukatan bahan untuk masak ikut kuantiti daging kita.

Alhamdulillah tak sia-sia decision saya untuk pilih resepi nii bila semua orang yg makan cakap sedap dan makan bertambah banyak kali. And surprisingly nasi yg saya terdetik nak masak lebih tu bleh habis licin! Ingatkan bleh laa simpan untuk dorang makan sahur, sekali tak cukup rupanya. 😂

Ok ni saya nak share resepi buat rujukan sendiri jee sebenarnya. Akan datang boleh laa saya masakkan untuk bakal suami Syurga kan... 😚 Tak sabar nak jumpa dengan dia. Nak masakkan makanan sedap-sedap  dan sihat untuk dia.

Perkahwinan terdahulu mak ayah mertua dan adik-adik ipar suka sangat saya masak.  Banyak kali dorang suruh saya bukak kedai or buat bisnes makanan sebab katanya masakan saya lebih sedap dari makan kat kedai. 😂

Betullah orang cakap masakan kita boleh menguatkan kasih sayang. Mak mertua paling sedih bila kami bercerai sebab kami dah macam kawan baik. Mak mertua selalu akan belikan untuk saya sekali pakaian or ape saja bila shopping, tak pernah dia lupa. Dia suka belikan makanan kegemaran saya. Dia memang mak mertua yang baik.

Tapi nak buat macam mana kan.. Jodoh kami terhenti setakat itu saja.. Takdir Allah tiada siapa dapat melawannya. Namun saya bersyukur kami berpisah dengan cara baik. Sejak berpisah kami dah tak contact. Saya tak nak simpan dendam, amarah dan segala perasaan negatif. Saya hanya nak kenang kebaikan dia saja dan saya pilih untuk maafkan dia.

Saya berkahwin dengannya dulu kerana Allah. Dan saya mintak untuk berpisah juga kerana Allah. Allah lebih tahu kan.. Saya redha dengan setiap ujian dariNya. Moga Allah gantikan apa yang saya hilang dengan yang jauh lebih baik, aamiin Ya Mujib.

Alhamdulillah Allah izin air tangan saya mudah melembutkan hati orang. 😇

Masa mengajar dulu saya suka masakkan untuk para pelajar saya. Qodarullah pelajar yang paling nakal pun mudah sangat dengar cakap saya. Malah dia sangat sopan bila bercakap dengan saya walaupun cikgu lain label budak tu kurang ajar kerana cakap kasar dengan mereka.

Anak-anak yang dikatakan nakal inilah akhirnya banyak sangat berubah. Dari result periksa awal tahunnya gagal sebab tak suka langsung subjek yg saya ajar sampailah mereka boleh dapat A dalam periksa akhir tahun/SPM. Dan GPA subjek Sejarah tahun saya mengajar telah pecah rekod sekolah di mana setakat ini takde lagi batch lain boleh pecah rekod tu.

Tiada niat nak bangga diri cuma apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah para pelajar itu BERSAMA SANGKAAN GURUNYA. Saya lebih suka mendekati pelajar yang bermasalah. Saya suka menyelami perasaan mereka then cari solusi bagaimana nak mengubahnya instead of menghakimi mereka.

Sampai sekarang saya sentiasa doakan buat anak-anak Syurga saya. Saya sayang sangat dorang semua kerana Allah.

Ehh meleret plak celotehnya kan.. 😅
Ya ampunn.. Maafkan patiikk..
ok ok kat bawah ni resepinya ekk :



Gambar dan resepi kredit to : 
https://daridapur.com/resepi-daging-masak-hitam/



RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan tumis :

1. Minyak masak
2. 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga )
3. 3 biji Bawang holland/bawang besar (hiris halus)
4. 7 biji bawang putih (cincang)
5. 3 inci halia (mayang halus)
6. 5 tangkai daun kari

Bahan lain :

7. 5 biji bawang besar wane ungu (blend kasar dan tapis airnya. Air tu boleh guna utk blend cili kering)
8. 11-15 batang cili kering (ikut tahap kepedasan korang laa ekk. Rebus then blend dgn air bawang td)
9. 3 sudu besar rempah kari daging
10. 1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk
11. 50g gula melaka/gula kerek

12. 1 kg lamb dipotong sederhana besar, tidak terlalu halus or kecil takut nanti daging hancur. Kalau daging kotak kena rebus dulu takut daging liat. Boleh rebus dengan biji kurma or akar pandan kalau nak bg daging cepat lembut. (cuci bersih. Saya cuci dengan tepung gandum)

13. Kicap manis (saya guna kicap kipas udang)
14. 1/2 cawan air


Cara-cara masak :

1. Mulakan dengan bismillah, selawat dan doa supaya Allah sedapkan masakan kita. Saya suka sedekahkan Al-Fatihah untuk semua orang yg makan masakan saya sambil doa supaya jadikan kami hamba yg diredhai dan bermanfaat kepada agama dan ummah. Bagi saya kuasa air tangan sangat power. Masakan kita sangat mempengaruhi orang yg akan memakannya nanti. Sebab tu juga pentingnya berdoa dan cakap hanya benda-benda positif depan makanan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang layu dan naik bau.
3. Masukkan bawang ungu blend dan masak dalam 5-10 minit sambil kacau.
4. Then masukkan cili kering kisar dan masak lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.
5. Masukkan rempah kari, lada hitam dan gula melaka dan masak sehingga pecah minyak.
6. Next masukkan daging. Masak sehingga daging berubah warna.
7. Then masukkan kicap manis dan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pekat. Siap.

Nota : Saya tak letak garam or perasa tambahan sebab rasanya dan cukup sedap. Terpulang pada selera masing-masing. Tapi kalau nak sihat better tak letak garam dh kan. Hehe... Ok selamat mencuba! 😊



Masak dari hati, masak with Iman.

Catatan seorang pengembara,

Selasa, 28 Mei 2019, 11.11pm
23 Ramadhan 1440H
London, United Kingdom

Thursday, 16 May 2019

"AYAT CIKGU TAK PERNAH TAK SENTAP"

"Cikgu Khadijah, bila cikgu nak masuk kelas kami? Dah lama cikgu tak masuk kelas kamii!" jerit anak syurga dari dalam kelas bila lihat aku melintasi kelas mereka.

Allahu. Sungguh aku sebak. Selalu pelajar bukan lagi hepi ke cikgu tak masuk kelas? Lagi-lagi pelajar lelaki memang beraya sakan kalau cikgu tak masuk kelas. Ni siap depa yang mintak aku buat kelas tambahan walaupun aku yakin yang aku boleh abiskan silibus on-time. 😅

Ikutkan sebenarnya aku malas nak buat kelas tambahan sebab banyak kerja lain lagi bertimbun. Dengan nak tanda kertas dan buku lagi. Dengan nak key in results dan sebagainya. Sememangnya kerja sebagai guru tak pernah habis. Sampai aku beberapa kali juga terpaksa tidur di bilik guru tak balik rumah sebab nak siapkan kerja ontime. Kenangan betulll. 😅

Tapi bila anak syurga sendiri yang mintak nak buat kelas, lemah kepala lututku nak menolak permintaan mereka. Yang aku heran bin ajaib depa nii terbalik dari normal. Normalnya pelajar paling tak suka subjek Sejarah terutama pelajar lelaki. Ini dibuktikan bila guru pakar Sejarah bagitau hampir 60% pelajar tidak menjawab kesemua soalan bagi kertas Sejarah dalam SPM!

Apesal time aku mengajar, dorang siap mintak aku buat kelas tambahan?  😅

Tapi aku  fikir positipp jee laa. Aku anggap jee dorang rinduu nak dengar aku membebel bagi motivasi. 😂

Aku sedar yang aku memang guru yang kurang berpengalaman dalam mengajar. Tapi mungkin aku selalu meletakkan sepenuh jiwaku bila masuk ke kelas mereka, Allah izin mereka mudah sangat menerima apa saja yang aku sampaikan. Mudah dengar cakap dan terima nasihat yang aku sampaikan. Baik sangat. Mujur aku tak sampaikan ajaran sesat jee.. 😅

Anak remaja ni kalau tak kena cara didik mereka akan jadi memberontak. Subjek kita pun akan diboikotnya sebab tak suka cikgu yang mengajar. Saya berani cakap sebab saya dulu pun pernah macam tu. Dan saya yakin ramai dari kita masa zaman remaja dulu pun macam ni jugak kan?  🤭😅

Cara terbaik untuk didik anak remaja yang bagi kita mungkin sangat mencabar adalah kau perlu jadi kawan baik mereka. Cuba letakkan diri kita ditempat mereka. Dengar setiap suara dan luahan hati mereka TANPA  SESEKALI MENGHAKIMI.

Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna dan tidak buat salah. Dan tiada manusia yang tidak diberi ruang untuk bertaubat dan berubah.

Jadilah pendengar yang baik barulah mereka akan mudah mendengar nasihatmu.

Bila mengajar janganlah terlalu serius. Confirm budak akan tidur atau mati kebosanan. Sambil mengajar tu selitkan cerita yang boleh beri pengajaran dan motivasi kepada mereka. Kadang aku tak sedar air mata bergenang bila bercakap dihadapan mereka punya rasa sebakk sebab mereka semua anak-anak yang baik, soleh solehah dan luar biasa hebat.

Sampaikanlah dari hati nescaya akan sampai ke hati mereka juga.

"Cikgu dulu masa belajar amik bidang psikologi ke? " tanya salah seorang anak syurga.

Terkejut aku mendengar pertanyaan itu.

"Kenapa kamu tanya soalan tu? "

"Takdelah.. Apa yang cikgu cakap semua buat kami tersentap."

Allahu Akhbar. Ketahuilah anak-anak Syurga bahawa Allah lah yang memegang hati cikgu dan hati kalian. Jika kalian terkesan dengan kata-kata cikgu dan menjadi asbab hidayah, sungguh itu semua datang dari Allah. Cikgu hanyalah perantara saja.

Sunggu cikgu sangat bertuah mengenali kalian. Hingga saat ini cikgu dapat rasakan doa kalian yang tidak putus buat cikgu. Saat cikgu down, kalianlah penguat semangat cikgu. Masuk ke kelas kalian adalah ubat terbaik buat cikgu saat tertekan.

Jika kalian rindukan cikgu, cikgu seribu kali rinduu untuk bersama kalian. Doakan semoga Allah satukan kita semua di SyurgaNYA kelak ya.

Sungguh cikgu menyayangi kalian kerana Allah.


Banyak kelas yg saya mengajar, dengan batch ni laa saya rasa paling dekat dihati. Mereka mudah dengar nasihat dan teguran dari saya.
Lepas abis SPM mostly mesej saya ucap terima kasih. Allahu. Saya sebakk dan terharuu kerana ingatan mereka kepada saya.
Sungguh saya rindu kenangan bersama mereka
5L 2017, 2nd Batch Masdar


Guru kelas 4 Khaulah.


Kelas ni selalu buat saya terhibur dengan keletah mereka. Ada yang manja dan suka curi perhatian saya.
4L 2017
















Sekadar coretan sebagai kenangan sebagai pendidik.


Salam sayang dari Cikgu Ciken Chop.

Cikgu Ija.
Khamis, 16 Mei 2019, 2.22pm
London, United Kingdom