Orang selalu cakap air tangan isteri/ibu ni power. Boleh mengikat kasih sayang suami dan anak-anak. Anak-anak mudah dengar kata.
Tapi pernah tak dengar air tangan guru boleh mengubah pelajar nakal menjadi baik dan pelajar malas menjadi rajin belajar?
Ni teori yg saya cipta sendiri dan saya buat eksperimen kepada pelajar saya.
Ada satu batch nii sangat istimewa. Pihak atasan sekolah dan beberapa guru selalu sebut batch nii tak berapa perform dalam pelajaran. Results mereka merudum berbanding batch pertama.
Tapi saya selalu bersangka baik dengan mereka. Saya tetap meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada mereka. Saya tahu mereka semua sebenarnya insan luarbiasa.
Saya diberi tanggungjawab mengajar subjek yang tak disukai oleh kebanyakan pelajar iaitu BM dan Sejarah. Disebabkan 2 subjek ini wajib lulus jee dorang terpaksa belajar. 😂
Masa awal tahun saya lihat results mereka. Mostly D. Malah ada beberapa orang yang fail. Tapi saya tetap yakin mereka boleh berubah terutama pelajar lelaki yang terkenal dengan sifat 'liat' dalam belajar. Kerana saya sangatt yakin bahawa PELAJAR ITU BERSAMA SANGKAAN GURUNYA.
Saya suka memasak. Dan saya sangat percaya air tangan seseorang yang ikhlas memberi makan orang lain itu apalagi masakan tersebut disertai dengan doa dan zikir yang memuji memuja DIA itu sangat powerful dalam melembutkan hati seseorang kerana makanan inilah yang akan membentuk hati kita. Jadi saya suka masakkan makanan untuk para pelajar saya. Masa masak itulah saya manfaatkan sepenuhnya dengan guna 'ilmu penunduk' ini. Haha. Jangan kecam dulu. Sila baca sampai habis k. 😁
Apa yang saya buat ialah setiap kali saya masakkan untuk mereka saya baca doa dan zikir sebanyak mungkin agar Allah lembutkan hati mereka menjadi hamba yang soleh dan bermanfaat kepada agama dan ummah.
Kadangkala bila saya bangun tahajjud saya buatkan solat hajat khusus untuk mereka. Setiap kali masuk kelas saya sebolehnya hanya cakap dan install kata-kata positive dan bagi motivasi kepada mereka.
Saya sangat yakin yang mereka akan berubah. Jujur saya cakap saya memang tak pandai mengajar sangat. Saya juga banyak kekurangan malah saya kurang pengalaman dalam mengajar. Tapi itu bukan alasan untuk saya membantu mereka. Jadi saya banyak guna pendekatan psikologi kerana saya ade sedikit kelebihan dalam ilmu psikologi ini.
Sampai pelajar tanya saya, "Cikgu dulu masa belajar amik bidang psikologi ke?" 😅
Yang saya terkejutt mereka siap mintak saya buat kelas tambahan. Ape yang buat saya terharu ialah mereka semua sangat aktif dalam kelas tambahan tersebut dan memberi respon yang sangat positif.
Alhamdulillah ekperimen yang saya cuba laksanakan itu berjaya membuktikan teori saya. Dengan izin Allah prestasi pelajaran batch ini dalam SPM untuk subjek saya sangat banyak meningkat. Malah jauh lebih baik dari result SPM batch pertama yang mana batch pertama nii memang menjadi harapan sekolah berbanding batch mereka ini.
Ada seorang pelajar yang terkenal sebagai pelajar yang paling banyak aqal dan beberapa kali digantung sekolah kerana masalah disiplin (saya tak suka sebut nakal sebab tak nak kata-kata negatif tuu menjadi doa) dulu sangat tak minat belajar sedangkan dia pelajar yang cerdik. Dia memang selalu hilang atau masuk lambat mase kelas saya. Maklumlaa subjek yang mostly pelajar tak minatt. Tapi saya tak penah marah dia malah saya selalu bersembang dengan dia atau tegur dia bila terjumpa macam bercakap dengan kawan.
Saya selalu cakap kat dia; "Ali, kamu ni sebenarnya cerdik. Cikgu yakin kamu boleh berjaya dan jadi seorang yang hebat suatu hari nanti."
Saya nak bagi dia motivasi supaya dia bersungguh belajar subjek saya lalu saya sengaja cakap di depan kelas; "Kalau Ali dapat A Sejarah dalam Trial SPM, cikgu akan belanja chicken chop 1 kelas."
Semua kawan-kawannya bersorak. Mana taknya mereka suka sangat chicken chop yang saya masak. 😂
Saya yakin mereka selalu bantu dan beri semangat kepada Ali untuk rajin belajar sebab ukhuwah mereka sangatt hebat.
Ape yang buat saya terharu bila mana suatu malam sebelum trial SPM kertas Sejarah, pelajar yang mostly cikgu tak suka dan cakap dia kurang ajar ini datang kepada saya dengan penuh sopan dan mukanya seolah sangat mengharap.
"Cikgu Khadijah. Cikgu doakan saya dapat jawab Sejarah esok dengan baik ye."
Saya senyum lebar kepadanya dan meyakinkannya; "Cikgu sentiasa doakan kamu Ali. Cikgu doakan kamu dapat A Sejarah!"
"Uiishh tinggi sangatt tu cikgu. Saya target B jee dulu. B cikgu."
Saya ketawa dan terus memberinya kata-kata semangat sebelum pulang ke rumah.
Dan keajaiban benar-benar berlaku. Siapa sangka pelajar yang suka ponteng dan hilang macam chipsmore mase kelas saya ini yang hanya dapat D Sejarah dalam Peperiksaan Awal Tahun benar-benar dapat A Sejarah dalam Percubaan SPM! Dan keputusan Percubaan SPM 2017 untuk subjek saya meningkat mendadak ketika itu kerana kelulusan 100% dan ramai pelajar yang dapat A/A-.
Ade beberapa cikgu tak puas hati dengan keputusan tersebut malah ade yang cakap saya tak pandai tanda kertas. Saya mudah beri markah kesian dan sebagainya. Ape yang mereka tidak tahu dulu sebenarnya ayah saya juga pernah menjadi penanda kertas Sejarah SPM untuk beberapa tahun. Jadi saya banyak belajar dari ayah. Malah saya usaha jumpa cikgu penanda kertas soalan SPM dari sekolah lain untuk tunjuk ajar saya cara menanda kertas dengan betul. Saya bukan menanda kertas sesuka hati tanpa ilmu. Saya yakin saya menanda kertas mereka dengan betul malah saya sangat strict dalam memberi markah sebenarnya.
Akhirnya fitnah guru-guru ini terbukti tidak benar bila mana keputusan SPM keluar dan amazingly subjek saya adalah yang paling banyak peningkatan berbanding SPM batch pertama. 100% pelajar lulus malah kebanyakan pelajar dapat A dan A- dalam subjek Sejarah.
Keputusan ini sangat mengejutkan pihak sekolah kerana CGPA untuk subjek Sejarah yang meningkat sangat banyak berbanding SPM tahun sebelumnya itu sangat membantu meningkatkan CGPA keseluruhan sekolah dalam SPM untuk tahun tersebut. Ma Shaa Allah.
Walaupun saya tak dapat bersama mereka meraikan berita gembira tersebut, namun saya amat terharu dan bersyukur atas keputusan yang sangat mengejutkan itu. Saya tak berhenti terima mesej dari para pelajar yang mengucapkan terima kasiih dan sebagainya. Saya bukan mengharapkan penghargaan dari sesiapa, cukuplah sekadar doa yang baik buat saya.
Semua itu pun berkat kesungguhan anak-anak Syurga ini juga dalam belajar dan dengan izin Allah jua. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana keputusan ini sangat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri mereka.
Tahniiaahh anak-anak Syurga. Ini hanyalah kejayaan kecil. Cikgu sangat yakin yang kalian akan menerima lebih banyak kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
Cikgu sentiasa doakan kalian semua agar menjadi insan yang hebat dan memberi manfaat kepada agama dan ummah. Cikgu sayang kalian kerana Allah.
Doakan agar kita dapat berkumpul bersama-sama di Syurga kelak yee..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiB19XU4lb9PQ9cXIzsxyOWGTKq8v7vWUKbHIbWVEkRVJkgJETf6qv-pXVNG2BgrDIdMFEVAfgroFrgtgr9BexHh3-A5G7jz119ZI7ZZXKVFm4w2uasO5JfLYrTFy_E7oqcAdX8CzOIVg/s640/PhotoEditor_20190217_120010185.jpg) |
Perbandingan keputusan SPM 2017 dan 2016 serta perbezaan CGPA untuk setiap subjek bagi 2 tahun ini.
|
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4Fo6hAlXRSg4qH7s8n8bbyBxPBiPVlgLpArC51-To3dE1WcqA7gq1hv1vDwXkt1pnKVIwFvnGzmeFS7XTqtA4pems0-_wuW8mdt4_EKL_Kp1vWTVPQRjC32__2UCCULD3PkUl32qIRQ/s640/IMG_20190217_121204_249.jpg) |
Pelajar lelaki calon SPM 2017 (batch kedua MASDAR) |
Salam sayang dari cikgu ayat sentap.
-Cikgu Ijaa-
Ahad, 17 Februari 2019
9.19 am.