Wednesday, 11 January 2017

AKU MENCINTAI ANAK MURIDKU KERANA ALLAH

"Cikgu.. Cikgu lama kat sini kan?" soalan dari anak Syurga itu membuatku tersentak. Spontan aku jawab; "In Shaa Allah.."

Jujurnya saat aku mengetahui aku diterima sebagai guru MASDAR, hatiku rasa sangat sediihhh.. Lama aku termenung...

"Ya Allah.. Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ini?"

Apa yang aku buat sangat jauh dari matlamat asalku. Aku tak pernah terfikir untuk mengajar pun. Ya memang dulu aku ada menanam cita-cita nak jadi cikgu. Tapi itu cita-cita zaman aku masih kanak-kanak ribena yang masih mentah dan belum mengenal pentas dunia sepenuhnya. Namun semakin aku meningkat dewasa, passion ku lebih pada berniaga bukan lagi mengajar... Aku selalu pasang matlamat untuk jadi jutawan muttaqeen yang dapat memberi manfaat kepada agama dan ummah.

Banyak sangat aku nak capai dalam hidup sebenarnya... Tapi seringkali terjadi apa yang aku rancang dengan apa yang DIA rancang itu sangat jauh bezanya...

"Ya Allah... Apakah sebenarnya yang Engkau ingin aturkan untukku?"

Namun kali pertama aku mengenali anak-anak muridku telah membuatkan aku ingin berlari ke Syurga bersama mereka. Melihat ke dalam anak mata mereka membuat ku terbayang aku berada di Syurga bersama mereka. Sungguh anak-anak ini sangat suci. Dada mereka disinari dengan cahaya Al-Quran. Allahu Akhbar...

Anak-anak Syurga cikgu, ketahuilah bahawasanya cikgu sayang sangat kamu semua kerana Allah. Cikgu sentiasa doakan walau dimana saja kalian berada, semoga rahmat kasih sayang dan redha Allah sentiasa bersama kalian aamiin.


JOM! Masuk Syurga :)


Tarian Pena ;

Khadijah Shukri

JOM! Masuk Syurga


"Ya Allah... Hidupkan kami dengan IMAN, Matikan kami dalam IMAN, Bangkitkan kami dengan IMAN dan masukkan ke SyurgaMU dengan IMAN."