Friday, 6 February 2015

.:: HOMEMADE CHICKEN CHOP SEDAAPP! ::.

Dinner treat 4 yesterday; Homemade chicken chop bersama sos blackpepper + coleslaw + potatoes. Tak sempat nak snap gambar 1 set krn masing2 makan dengan rakusnya. Siap order lagii suh buat esok.. Lg sedap pada makan kt kedai kata mereka. Alhamdulillah gembira bg family makan. Lagii2 bila tgk masakan kita abiisss liciinn ilang segala penat lelah bersilat didapur. :) Resepi ni saya adjust sendiri. So kuantiti bahan2 tu korang agak2 sendiri ikut selera masing2 k?

Mulakan dengan Bismillah, selawat & zikir Ya Latif. :)
Resepi Homemade Chicken Chop Untuk perap ayam;

Bahan2nya:
1. Ayam (cuci dengan tepung gandum utk hilang bau hanyir)
2. Bawang putih (tumbuk)
3. Halia (tumbuk)
4. Sos tiram
5. Sos lada hitam
6. Kicap
7. Kiub ayam
8. Sedikit garam
10. Sedikit gula
11. Serbuk cili (optional jika suka pedas )
*sukatan bahan mengikut kuantiti/berat ayam. Agak2 jee.. Hee..

Caranya:

1. Masukkan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-3 jam. Lagi lama lagi sedap coz bahan2 tu betul2 meresap.
3. Then panaskan pan leper dan cairkan butter.
4. Masak ayam dan sentiasa tekan dengan penekan bugger tu supaya ayam betul2 masak. Hee.. Ayam dah betul2 masak bolehlah angkat.

**************************************************

Sos blackpepper pekat likat melekat.

Bahan2:

1. Butter
2. Bawang holland ( cincang halus)
3. Lada hitam (tumbuk halus)
4. 2 sb tepung gandum
5. 2-3 cawan air
6. 1 kiub ayam
7. Sos tiram
8. Sos black pepper
9. Sos BBQ
10. Kicap
11. 1 cawan susu segar
12. Garam secukup rasa.

Cara masak:

1. Cairkan butter dalam kuali.
2. Tumis bawang Holland sehingga naik bau dan layu. Jangan tumis sampai garing nnt x sedap.
3. Masukkan lada hitam tumbuk. Gaul sekejap.
4. Masukkan tepung gandum. Gaul sentiasa supaya tepung x berketul.
5. Then masukkan air. Gaul sebati.
6. Masukkan kiub ayam dan semua sos serta kicap. Gaul sebati. Biar mendidih.
7. Masukkan susu segar. Masak seketika.
8. Tutup api then masukkan garam. Kacau sebati. Siap utk ditabur atas ayam! :)

 ***************************

Resepi Coleslaw Ala KFC

1. 1/2 biji kobis (parut/cincang halus)
2. 1 biji Carrot (parut/cincang halus)
3. 5-7 sb mayonis
4. 1/4 cawan susu segar
5. 2 sb jus lemon
6. Sedikit serbuk lada hitam
7. Garam secukup rasa.

Cara2 membuat;

Masukkan semua bahan diatas dalam mangkuk. Gaul sebati dan rasakan. Jika x cukup garam or rasa masam dsb bolehlah ditambah. Then masukkan dalam peti sejuk seketika coz coleslaw ni sedap makan sejuk. Dah siap! Bolehlah dihidang bersama chicken chop & kentang. :) Selamat mencuba projek memikat hati suami! =D

#ResepiKhadijahShukri

Wednesday, 4 February 2015

:: Ikhlaskan Hatiku ::

Ikhlaskan hatiku untuk memaafkan mereka Ya Allah...
Kerana mereka tidak mengerti duduk sebenar perkara yang berlaku..
Aku memilih untuk diam dari berkata agar tiada hati yang terluka..
Biarlah hanya Engkau yang mengetahui segalanya..

Walau sangat berat tuduhan yang dilemparkan & hukuman yang dijatuhkan namun aku hanya mampu berdoa..
Agar suatu hari nanti mereka dapat melihat dengan mata hati..
Dan kebenaran itu akan terbukti..
Lalu menyatukan setiap hati..
Yang selama ini saling menyakiti..

Allahu Rabbi...
Tiada siapa yang dapat menduga takdir yang hadir..
Yang kadangkala sangat perit untuk ditelan..
Acapkali mengundang air mata saat dikenang..
Takdir yang hadir bersamanya sebuah pelajaran yang mematangkan kehidupan insan..

Ya Allah...
Anugerahkan aku hati yang ikhlas..
Untuk memaafi insan2 yang menyakiti..
Anugerahkan aku hati yang hanya dipenuhi rasa kasih dan cinta..
PadaMu, agamaMu, kekasihMu dan insan2 yang kusayangi dan banyak berkorban untukku
Serta insan2 yang mencintaiMu dan berjuang menegakkan agamaMu
Aamiin Ya Rabbal Aalamin..

#KhadijahShukri
00.00am 04.02.2015