Friday, 26 September 2014

.::LAKSA WAN ITAM::.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ahli-ahli Syurga yang dirahmati Allah..

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi resepi laksa yang sangat ringkas tapi super duper sedaappp!

Seperti yg anda baca, resepi ini saya namakan sebagai resepi Laksa Wan Itam.
Saya creditkan nama Wan Itam kerana dialah yang Tuan punya resepi ini dan dengan baik hatinya dia sudi berkongsi resepi dengan saya.
Wan Itam ini adalah saudara saya sebelah ummi. Setiap kali menjelang raya saban tahun kami wajib pergi beraya umah Wan Itam ni sbb salah satunya nak melantak laksanya ittew! Hahaha.. Niat x betul tu. =p

Alhamdulillah. Saya doakan Wan Itam diberikan rezki yg melimpah ruah & pahalanya terus bertambah berkat dari ilmu masakan yg diturunkan kepada saya dan anda semua ini InShaaAllah aamiin! :)

Saya berani cakap laksa ni adalah thorrrbaeekk! sebab laksa wan itam ni sangatlah famous amous di kampung kami iaitu Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang. Koi orang Lepiihh weeii!  Tambahan pula wan itam ini bersama gengnya telah memenangi tempat ke-2 dlm pertandingan memasak peringkat akhir yg dianjurkan oleh pihak Adabi.
Panjangnyee membebel yee.. =p
Oklah tanpa melengahkan masa lagi jom kita tengok apa bahan-bahannya.

****************************

RESEPI LAKSA WAN ITAM THORRBAEEKK!


Bahan-bahannya:
Untuk kuah
1. 1 kg Ikan Mata besaq (atau lebih dikenali sbg ikan Uji Rashid)/ ikan lolong/ikan sardin.
2. 11-15 keping asam keeping
3. 2 raup tapak tgn bawang merah.
4. 3-4 senduk cili kering yg telah dimesin
5. Garam kasar
6. Daun kesum
7. Bunga kantan

Cara masak kuah laksa :

1. Baca bismillah & selawat.
2. Rebus ikan mata besar tadi bersama dgn asam keping.
3. Blender bawang merah.
4. Asingkn isi ikan dari tulangnya. Blender isi ikan bersama air rebusan ikan. Ketepikan. Kemudian blender tulang ikan pula. Tapis dan ambil air tulang ikan itu.
5. Masukkan bawang merah,isi ikan, air tulang ikan,cili kering, garam kasar dan asam keping yg diguna masa merebus ikan tadi ke dalam periuk.
6. Masakkan atas dapur dengan api sederhana sehingga menggelegak dan cili keringnya masak (lebih kurang dalam 20-25 minit). Selalu kacau supaya tak berkerak dibawahnya. Sementara nk tunggu tu bolehlah rebus laksa dulu.
7. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum dan bunga kantan.Masak sekejap. Dah siap! Senangkan?

Hidangkan laksa bersama bahan-bahan sampingan seperti telur rebus, limau kasturi,cili api, timun dsb.

Selamat mencuba! :)

#LaksaSedap #LaksaKgRelong #LaksaPahang


Love,
Khadijah Shukri