Wednesday, 20 November 2013

Apa Beza Madu Sidr Dengan Madu Lebah lain? Apakah Keistimewaan Madu Sidr?


Ramai yang bertanyakan kepada kami soalan seperti itu.

---> Apakah istimewanya madu Sidr ini dengan madu lebah yang lain seperti madu tualang, madu kelulut, madu dari lebah yg dibela/ternak dan sebagainya?

Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, saya nak mengajak anda semua untuk menghayati sepotong ayat dari Surah Lebah ini, An-Nahl: 16 yg berbunyi;

"Dan Rabb (Tuhan) mu mewahyukan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarang-sarang di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang mereka dirikan.”

=======================================================

Apakah yg anda dapat dari ayat di atas?

Cuba lihat di manakah tempat pertama yg Allah perintahkan kepada sang lebah untuk membuat sarangnya?

Di gunung-ganang kan?

Kenapakah Allah menyebut gunung-ganang dahulu, kemudian barulah di pokok-pokok kayu lalu diikuti dengan di bangunan-bangunan yg didirikan oleh manusia?

Ayat itu sendiri telah menunjukkan madu dari lebah yg membuat sarangnya di gunung-ganang itu adalah yg sangat baik kualiti & harganya berpadanan dengan kesusahan yg perlu ditempuh oleh pengutip madu di mana mereka terpaksa mendaki gunung dan melalui perbagai cabaran untuk sampai ke sana bagi mendapatkan madu tersebut.

Kenapa gunung?

Gunung adalah kawasan yg bebas dari pencemaran, masih terpelihara alam semulajadinya dan sangat bersih persekitarannya. Saya pernah minum air dari kaki Gunung Kinabalu. Subhanallah... rasa airnya sangat-sangat menyegarkan, sedap & menyejukkan anak tekak! Sangat berbeza dengan air sungai di mana air gunung terasa lagi bersih, suci lagi menyucikan. Betul.

Kerana itulah madu yang diambil dari lebah yg membuat sarang di kawasan pergunungan adalah berkualiti tinggi & mengandungi khasiat yg banyak.

Tahukah anda Royal Sidr Honey ini berasal dari lebah yg menghisap bunga Sidr di pergunungan Yemen?

Ya, Royal Sidr Honey ini adalah 100% dari Yemen, 100% mentah, asli & tulen. Trillion Hearts Royal Sidr Honey telah disahkan oleh MARDI adalah madu ASLI dimana kandungan sukrosanya rendah iaitu kurang dari 10%. Ini bermakna Royal Sidr Honey selamat dimakan oleh sesiapa saja samada pesakit kencing manis, pesakit kanser, bayi bawah umur 1 tahun dan lain-lain.

Madu Sidr ini di iktiraf oleh World Health Organization (WHO) sebagai madu TERBAIK DUNIA.
Rasa madu Sidr ini sangat sedap, baunya yang segar serta kepekatan yg tinggi membuatkan ramai orang dengan sekali makan saja terus melekat di hati!

Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah Lebah, ayat 69 ini dimana DIA telah menjanjikan bahawa madu ini adalah sebagai penawar kepada segala penyakit kecuali mati.

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Al-Qurtubi menjelaskan bahawa kebanyakan para tabib menyediakan ramuan ubat dengan menggunakan madu kerana madu memberi kesan yg baik untuk menyembuhkan penyakit.

Rasululla SAW bersabda ;
"Hendaklah kalian menggunakan dua jenis penawar iaitu madu dan Al-Quran." (Riwayat Ibnu Majah no. 3452)

Jika dilihat dari hadis di atas kenapakah Baginda menyebut madu dahulu kemudian diikuti dengan Al-Quran?

Marilah kita sama-sama fikirkan..

Mari kita kembali kepada Al-Quran & sunnah Rasulullah SAW..


Ilmu ini dikongsikan kepada saya oleh Ustaz Wan Yusoh Bin Wan Ali, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan.

Jazakallahu Khairan Khatheera buat Ustaz Wan Yusoh yg banyak berkongsi ilmu dengan saya. Moga rahmat & kasih-sayang Allah sentiasa mengiringi kehidupan beliau, aamiin..

=============================================================

JOM AMALKAN MAKAN MADU!

ROYAL SIDR HONEY
"Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!"



Tarian Jemari,

-Khadijah Shukri-
Trillion Hearts Royal Sidr Honey

Friday, 1 November 2013

Musafir Seorang Hamba : Perjalanan Yg Jauh Mendekatkan Ku PadaNya

Hari ini... adalah pembuka bulan November.. sedar tak sedar kita telah pun hampir tiba ke penghujung tahun 2013. Terlaluuu cepaattt masa itu terbang meninggalkan kita.. Allahu Akhbar...

Hari ini sekali lagi saya akan bermusafir.. kali ini membawa amanah seorang ikhwah... saya hanya tolong apa yg saya termampu memandangkan saya tidak menyumbang apa2 kpd jemaah lg2 pertubuhan yg saya sertai ini...

Saya tidak pernah meminta utk memegang jawatan itu & saya pernah mengutarakn hajat utk berhenti krn tidak mampu utk memikul amanah itu... ohh... lemahnya diri ini..... ttp insan2 mulia pejuang agama itu tidak benarkan saya melepaskan jawatan ini... ohh... bila saya beritahu ummi, dia pn x bagi saya letak jawatan... =.=

Bila diminta utk menolong saya x sampai hati utk menolaknya... Moga DIA sentiasa menemani saya sepanjang perjalanan ini...

Kenapa saya suka bermusafir seorang diri?? Bagi saya, bila kita memandu seorang diri, saat itu kita ada byk masa free krn tidak boleh buat apa2 melainkan fokus kpd pemanduan tersebut.  Jadi dikesempatan itulah saya suka berkata-kata denganNYA... saya memandang ke dada langit... saat itu saya dpt merasai Dia sedang memandang saya dengan penuh kasih-sayang...

Betul. pabila saya berkata-kata dengannya seperti anak kecil yg cuba menarik perhatian ibunya dengan suara yg paling manja, saya dpt merasai Dia ada dihadapan saya... mungkin krn saya dpt merasai yg bahawasanya Dia sememangnya dekat, saya luahkan segalanya yg terbuku dihati ini hanya padaNya... saya minta sesungguh hatii... saya hanya ada Dia... dan hanya Dialah yg saya ada... hero saya... kekasih Agung saya...

Saat terlalu menghayati masa bersama
Nya itu, tanpa sedar kolam mata pecah... dan mutiara jernih itu sangat deras mengalir laju menuruni lembah pipi... tidak tertahan lagi... hati sungguh sebak saat itu... saya benar2 rasa kerdil... rasa lemah... & rasa amat bergantung hanya padaNya... hanya Dia yg saya ada... kekasih teragung saya..... saat diri sedang sebak saya dapat merasai pelukan penuh kasih dariNya yg cuba utk menenangkn saya... sungguh selepas itu hati akan rasa sangat tenang...

Saat saya semakin menjauh dari rumah adalah saat di mana saya paling hampir denganNya... terasa Dia sentiasa ada disisi menemani saya sepanjang perjalanan itu...

Dear Allah...
Thank you for always being there for me when I really need You... I love You even more... =,)


Tarian jemari,

Khadijah Shukri
Trillion Hearts Royal Sidr Honey